PERISTIWA HITAM 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah sebuah tragedi yang menjadi titik hitam dalam sejarah moden negara kita. Berlaku rusuhan kaum yang dahsyat pada waktu tersebut yang melibatkan dua kaum utama di Malaysia iaitu Melayu dan Cina. Tragedi ini telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan harta benda.
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berlaku selepas berakhirnya PRU ke-3 di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Angka terkorban yang dicatatkan adalah melibatkan 196 nyawa.
KRONOLOGI
- perarakan parti politik bagi meraikan kemenangan selepas keputusan PRU diumumkan pada 10 Mei 1969. - Kawasan Lembah Klang menjadi kawasan utama meraikan kemenangan - Kg Baru, KL merasa terkepung oleh perarakan parti kaum Cina - Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan -Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif - PERARAKAN KEMATIAN ; Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibatsakit tua diarak sepanjang jalan dgn kebenaran polis. Perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina orang Melayu.
Isu Kediaman MB Selangor : - UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas. - Perarakan balas akhirnya menimbulkan ketengangan - Pasukan FRU dan Askar dikerahkan bagi menstabilkan keadaan Isu Panggung Odeon : - Pemuda Cina dari kongsi gelap bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. -Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut.
Penubuhan Mageran : - Darurat diisytiharkan pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan MAGERAN telah dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. - Parlimen dibubarkan - Perintah Berkurung dilaksanakan - penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan, - mengawal berita-berita, radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik, - mengharamkan kempen pilihan raya