MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT : KELEBIHAN DAN IMPLIKASI
Pengetahuan tentang model pengajaran membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Model pembelajaran telah dibincangkan dalam kalangan sarjana dan membawa perubahan dari semasa ke semasa seiring dengan peredaran zaman. Model pengajaran selalunya membincangkan mengenai apakah cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada murid apabila mereka menuntut ilmu di bangku sekolah. Model yang popular antaranya ialah model pemprosesan maklumat. Model ini diperkenalkan oleh Gagne yang mengatakan bahawa pengajaran disampaikan melalui maklumat yang mementingkan ingatan iaitu deria dan dipindahkan kepada pihak lain yang lain juga melalui deria iaitu mendengar. Model ini menyamakan manusia seperti komputer yang dapat memproses maklumat dan menyimpannya dalam jangka masa tertentu. Di bawah model Pemprosesan Maklmumat, terdapat dua model iaitu model Ekspositori dan Model Inkuiri.
Model Espositori telah diperkenalkan oleh Ausubel yang meghujahkan bahawa kaedah yang digunakan dalam penyampaian maklumat ialah sebuah keadah yang berunsur dedektif iaitu guru memberi penerangan langsung kepada murid dengan penerangan yang jelas dan terperinci dengan pelbagai kaedah dan pendekatan. Model Inkuiri pula adalah sebuah model yang memfokuskan mengenai hipotesis yang bertujuan untuk mendapatkan sebuah jawapan dan kesimpulan. Model inkuiri selalunya digunakan pada mata pelajaran Sains dimata wujud sebah hipotesis dan murid perlu mencari penyelesaian dalam sesebuah persoalan. Model ini selalunya berlandaskan kepada objektif sesebuah pembelajaran.
Terdapat beberapa implikasi apabila model-model tersebut dilaksanakan dalam sesi PdP di sekolah. Antaranya ialah guru dapat merancang strategi pengajaran dari awal. Model inkuiri misalnya berpendapat bahawa apabila objektif pembelajaran dilakukan sejak awal, maka ianya dapat membantu guru merancang apakah strategi yang akan digunakan apabila hendak mengajar. Kita dapat lihat bahawa setiap mata pelajaran mempunyai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran masing-masing seperti yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Dari situ, guru akan dapat membina objektif pembelajaran sejak awal. Hal ini akan menjadikan guru lebih bersedia untuk menyampaikan ilmu.
Selain itu, apabila kita menerapkan model-model ini, guru dapat mengetahui isi pembelajaran yang seterusnya. Model pemprosesan maklumat menekankan mengenai pengajaran dari satu topik kepada topik yang lain. Oleh sebab ianya berunsur deduktif seperti dalam model ekspositori, maka guru akan dapat mengetahui isi pembelajaran seterusnya kerana ianya sudah tersusun dengan rapi. Misalnya, dalam mata pelajaran sejarah Tahun 5 dengan topik Bunga Kebangsaan Negara, pada awalnya murid didedahkan dengan jenis bunga yang menjadi bunga kebangsaan. Topik seterusnya murid didedahkan dengan makna kelopak yang terdapat pada bunga raya. Ini memboleh guru menumpukan kepada topik tertentu dan sudah mengetahui apakah topik seterusnya.
Di samping itu, guru dapat melaksanakan kaedah pengajaran yang menyeronokkan. Model Pemprosesan Maklumat amat menekankan penyampaian maklumat dengan harapan ianya menjadi ingatan di minda murid. Jadi, guru perlu menggunakan keadah pengajaran yang dapat memudahkan murid untuk mengingat dalam jangka masa yang panjang. Antara kaedah tersebut yang boleh digunakan ialah kaedah bercerita, demonstarasi, memberikan contoh dan sebagainya seiring dengan model yang dicadangkan oleh Espositori. Dari contoh kaedah ini, murid akan menerima maklumat dengan pantas. Guru pula tidaklah hanya memberi penerangan yang terdapat dalam buku teks yang kadang kala akan menyebabkan murid menjadi bosan untuk mendengar dan mudah lupa apa yang disampaikan oleh guru. Melalui keadah tersebut, murid dapat mengingat dalam jangka masa yang lama.
Dalam pada itu, guru juga dapat menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sewajarnya dalam sesi PdP. Model pemprosesan maklumat menenkankan akan ingatan dan deria. Oleh itu, guru perlu menyediakan BBM yang membolehkan murid dapat memproses maklumat dengan cepat. Misalnya, dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 5 terdapat topik Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan negara, guru boleh menyediakan bunga raya dengan pelbagai jenis warna untuk dibawa ke dalam kelas. Apabila murid melihat bunga tersebut, murid akan mengingat bahawa bunga tersebut pernah dilihat oleh mereka sama ada di rumah atau di taman bunga. Minda murid terus memproses maklumat mengenai nama bunga yang dibawa oleh guru. Ini akan memudahkan guru menyampaikan isi pembelajaran pada hari tersebut.
Tidak hanya itu, model ini dapat melibatkan murid secara. Guru tidak hanya menyampaikan maklumat secara sehala, tetapi lebih daripada itu. Dalam model inkuiri, murid akan didedahkan dengan sebuah pernyataan masalah dan murid perlu mencari jawapan serta menyelesaikan persoalan tersebut. Proses ini boleh dilakukan dengan melibatkkan murid dan guru hanya berperanan sebagai pembimbing. Dari situ, murid akan dapat memperoleh maklumat dengan cepat dan mudah difahami seterusnya dimasukkan dalam deria ingatan mereka. Misalnya, dalam mata pelajaran Sains, apabila murid diberikan pernyataan masalah iaitu bagaiman dan kenapa pokok taugeh boleh hidup diatas kapas. Murid membuat hipotesis dan mencari idea bagaimana pokok taugeh boleh hidup diatas kapas. Murid mencari jawapan tersebut dan ternyata pokok taugeh boleh hidup diatas kapas jika disiram air supaya kapas menjadi lembab dan diletakkan dibawah sinar matahari. Hal ini kerana tumbuhan memerlukan air dan cahaya matahari untuk hidup atau tumbuh. Pembelajaran secara inkuiri ini juga boleh diterapkan dalam mata pelajaran yang lain.
Sebagai kesimpulan, model Pemproses Maklumat sememenganya menjadi tunjang kepada strategi pembelajara pada masa kini. Model ini masih relevan dilaksanakan bagi mencapai sebuah pembelajaran yang bermakna. Guru perlu melaksanakan keadah, strategi dan pendekatan yang berbeza-beza seiring dengan personaliti murid. Hal ini kerana setiap murid mempunyai daya ingatan dan menyimpanan maklumat murid yang berbeza-beza. Ada murid yang lemah, sederhana dan pintar. Guru harus peka dengan strategi, pendekatan, kaedah dan penggunaan bahan mengajar supaya tidak ada murid yang tercicir dalam pembelajaran.