Diakhir pembelajaran, pelajar dapat :
Menghasilkan algoritma melibatkan gabungan teknik search atau sort.
PENCARIAN BUKU DI PERPUSTAKAAN MELALUI SISTEM DDC
Naresh ingin mencari senaskhah buku rujukan dalam kategori operasi aritmetik. Perpustakaan sekolah Naresh menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) untuk mengklasifikasikan buku - buku yang disusun pada rak. (Rujuk Buku Teks ASK Tingkatan 3, halaman 104)
ALGORITMA MENCARI BUKU KATEGORI OPERASI
Masuk ke perpustakaan.
Lihat carta DDC.
Cari nombor rak berlabel 500 ( Sains Tulen ). ------------------------> teknik binary search *1
Pergi ke rak berlabel 500 ( Sains Tulen ).
Cari bahagian berlabel 510 ( Matematik ). -----------------------------> teknik linear search *2
Cari bahagian berlabel 513 ( Aritmetik ). -------------------------------> teknik binary search *3
Cari bahagian berlabel 513.2 ( Operasi ). -------------------------------> teknik linear search*4
Cari buku yang dikehendaki.
Tamat.
KETERANGAN
*1 - Teknik binary digunakan kerana terdapat lebih 900 label pada carta DDC.
*2 - Teknik linear digunakan kerana bahagian Matematik terletak di rak pertama bagi label 500.
*3 - Teknik binary digunakan kerana bahagian Aritmetik terletak di pertengahan label 510 - 519.
*4 - Teknik linear digunakan kerana tidak banyak item dalam bahagian Aritmetik.
Adila ialah seorang pembantu klinik. Dia dikehendaki menyusun fail - fail pesakit yang terdapat di klinik itu bagi memudahkan fail pesakit dicari apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan. Adila memulakan tugasnya dengan mengisih fail - fail mengikut tahun kelahiran pesakit. Bagi setiap tahun kelahiran, Adila menyusun fail - fail itu mengikut abjad nama pesakit.
ALGORITMA MENCARI BUKU KATEGORI OPERASI
Semak tahun kelahiran yang terdapat pada fail pesakit.
Isih fail - fail pesakit dengan memasukkan fail - fail ke dalam beberapa buah kotak mengikut tahun kelahiran. --------------------------- > *1 teknik bucket sort
Isih fail - fail yang terdapat di dalam setiap kotak mengikut abjad nama pesakit. -----> *2 bubble sort
KETERANGAN
*1 - Teknik bucket sort digunakan kerana pesakit terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
*2 - Teknik bubble sort digunakan untuk mengisih fail - fail yang berada dalam setiap kotak mengikut abjad nama pesakit.
GABUNGAN TEKNIK SEARCH
Teliti situasi berikut.
Amira perlu menduduki peperiksaan untuk memasuki sekolah berasrama penuh yang diadakan di dewan D. Terdapat 6 buah dewan yang digunakan untuk peperiksaan. Apabila tiba di dewan D, Amira mencari meja bernombor 38. Di dalam dewan tersebut, terdapat 60 buah meja dan setiap meja dilabelkan 1 hingga 60 dalam urutan menaik.
Bersama - sama ahli kumpulan, bincangkan cara - cara untuk membantu Amira mencari dewan D dan seterusnya mencari meja bernombor 38.
Bina algoritma bagi gabungan teknik search yang digunakan.
Bentangkan hasil dapatan kumpulan di hadapan kelas mengikut giliran.
GABUNGAN TEKNIK SORT
Teliti situasi berikut.
Mathew Lucas ialah seorang posmen. Dia dikehendaki menghantar sejumlah surat ke sebuah taman perumahan. Sebelum menghantar surat, tugas Mathew adalah mengasingkan surat - surat itu mengikut rumah yang bernombor ganjil dan genap. Kemudian, Mathew perlu mengisih surat - surat tersebut mengikut urutan menaik.
Bersama - sama ahli kumpulan, bina algoritm bagi membantu Matthew mengasingkan dan mengisih surat - surat itu menggunakan gabungan teknik sort yang sesuai.
Tampalkan hasil kerja kumpulan di atas meja untuk dilihat oleh kumpulan lain.
Setiap kumpulan bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan memberikan komen atau pengukuhan, berkaitan hasil kerja mereka.
Kembali semula kepada kumpulan masing - masing. Kemudian, ceritak dan laporkan pembelajaran serta pengalaman yang diperoleh.
Rujukan :
Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3
Youtube (Pendidikan)
DISUSUN DAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU IZZUDDIN MOHD ALI ( GURU ASK )
SMK SIMPANG BELURU, KUALA KANGSAR, PERAK