BAB 3 : algoritma

3.1 PEMBANGUNAN ALGORITMA

Diakhir pembelajaran, pelajar dapat :

  1. Mengenal pasti ciri – ciri linear search.

  2. Mengenal pasti ciri – ciri binary search.

  3. Mengenal pasti ciri – ciri bubble sort.

  4. Mengenal pasti ciri – ciri bucket sort.

SEARCH

  1. Search ialah proses mendapatkan suatu item tertentu yang terkandung dalam satu senarai.

  2. Terdapat 2 jenis search iaitu :

          • Linear Search

          • Binary Search

  3. Ciri – Ciri Linear Search

        • Linear Search ialah teknik untuk mendapatkan item yang dikehendaki dalam satu senarai linear, bermula dengan item yang pertama dan diikuti dengan item yang seterusnya.

        • Carian akan dihentikan apabila item yang dikehendaki telah diperoleh melalui carian tersebut.

        • Jika item yang dikehendaki tidak diperoleh sehingga item yang terakhir, maka carian akan ditamatkan tanpa hasil.

        • Item tidak perlu diisih mengikut urutan.

        • Tidak efisien kerana mengambil masa yang panjang untuk memprosesnya jika melibatkan senarai terlalu panjang.

  4. Langkah – langkah pencarian menggunakan Linear Search.

        • Carian akan bermula dengan item pertama dalam senarai.

        • Jika item pertama bukan item yang dikehendaki, carian akan diteruskan dengan item yang kedua.

        • Jika item kedua bukan item yang dikehendaki, carian akan diteruskan dengan item yang ketiga.

        • Carian diteruskan dengan item yang seterusnya sehinggalah item yang dikehendaki diperoleh.

        • Carian selesai apabila item yang dikehendaki telah dijumpai.

        • Jika carian yang dikehendaki tidak diperoleh sehingga item yang terakhir, maka carian akan ditamatkan tanpa hasil.

  5. Ciri – Ciri Binary Search

        • Binary Search ialah teknik carian yang melibatkan keputusan dwipilihan.

        • Item dalam senarai perlu diisih dalam urutan menaik terlebih dahulu.

        • Lebih efisien kerana tidak perlu menyemak semua senarai.

        • Sesuai digunakan pada senarai yang mengandungi item yang banyak.

        • Menjimatkan masa proses pencarian item yang dikehendaki.

  6. Langkah – langkah pencarian menggunakan Binary Search

        • Item – item dalam senarai perlu diisih dalam urutan menaik.

        • Item yang berada ditengah senarai akan disemak.

        • Jika item yang berada ditengah senarai adalah item yang dikehendaki, maka carian akan tamat.

        • Jika tidak, item yang dikehendaki akan dibandingan dengan item yang berada ditengah senarai tersebut.

        • Jika item yang dikehendaki adalah lebih kecil daripada item yang berada ditengah senarai tersebut, maka abaikan item ditengah senarai tersebut serta semua item disebelah kanannya.

        • Jika item yang dikehendaki adalah lebih besar daripada item yang berada ditengah senarai tersebut, maka abaikan item ditengah senarai tersebut serta semua item disebelah kirinya.

        • Proses ini akan diulang pada senarai item yang tinggal dan berterusan sehinggalah item yang dikehendaki diperoleh.

        • Jika item yang dikehendaki tidak diperoleh apabila carian selesai, maka carian ditamatkan tanpa hasil.

  7. Kelebihan Binary Search.

      • Digunakan untuk jumlah data yang besar.

      • Tempoh carian lebih cepat.

  8. Kelemahan Binary Search.

      • Data perlu diisih terlebih dahulu sama ada dalam keadaan menaik atau menurun.

SORT

  1. Sort ialah proses mengisih atau menyusun item – item dalam sesuatu senarai linear mengikut urutan yang tertentu.

  2. Terdapat 2 jenis sort iaitu

      • Bubble Sort

      • Bucket Sort

  3. Ciri – ciri Bubble Sort.

      • Bubble Sort ialah teknik pengisihan item – item dalam senarai mengikut urutan menaik atau menurun.

      • Sesuai digunakan untuk senarai yang mempunyai item yang pendek.

      • Tidak efisien kerana proses pengisihan data melibatkan 2 item, bermula item pertama dengan item ke-2, diikuti item ke-2 dengan ke-3, diikuti item ke-3 dengan ke-4 hinggalah sampai item yang terakhir.

      • Proses pengisihan lambat kerana perbandingan hanya melibatkan dua item sahaja.

  4. Langkah – langkah Bubble Sort.

      • Bandingkan item pertama dengan item ke-2 dalam senarai.

      • Jika inginkan isihan secara menaik, maka item pertama akan bertukar tempat dengan item ke-2 sekiranya nilai item pertama lebih besar daripada item ke-2. Sebaliknya, kedua – dua item tersebut kekal sekiranya nilai item pertama lebih kecil daripada item ke-2.

      • Jika inginkan isihan secara menurun, maka item pertama akan bertukar tempat dengan item ke-2 sekiranya nilai item pertama lebih kecil daripada item ke-2. Sebaliknya kedua - dua item tersebut kekal sekiranya nilai item pertama lebih besar daripada item ke-2.

      • Proses pengisihan ini berterusan pada item – item seterusnya sehingga ke item terakhir.

  5. Kelebihan Bubble Sort.

        • Kaedah isihan yang sederhana.

        • Algoritma mudah difahami.

        • Langkah atau tahap pengurutan data yang sederhana.

  6. Kekurangan Bubble Sort.

        • Kaedah pengisihan tidak efisien walaupun dianggap sederhana kerana proses pengisihan data dilakukan dengan tahap satu – satu, mulai dari data yang pertama hinggalah data yang terakhir.

        • Proses pengisihan lambat kerana perbandingan satu – satu.

        • Jumlah pengulangan akan tetap sama sampai ke data yang terakhir, walaupun sebahagian data yang ada telah diisih.

  7. Ciri – ciri Bucket Sort.

      • Bucket Sort ialah teknik mengasingkan item – item dalam senarai tertentu ke dalam baldi (bucket). Seterusnya item – item di dalam baldi akan diisih dan disusun semula ke dalam senarai.

      • Bilangan baldi(bucket) yang digunakan bergantung kepada pengaturcara dan bilangan item dalam senarai yang perlu dipilih.

      • Amat berguna untuk mengisihkan satu senarai item yang amat panjang.

      • Perlu digunakan bersama – sama dengan isihan yang lain untuk melakukan pengisihan item – item dalam setiap baldi.

      • Item – item dalam senarai akan diisih sebanyak 2 kali supaya item – item berada dalam urutan yang dikehendaki.

  8. Perbezaan antara Search dan Sort

      • Search : Mencari item tertentu dalam senarai.

      • Sort : Mengisih item – item dalam senarai mengikut urutan menaik atau menurun.

bubble sort

bucket sort

LATIHAN PENGUKUHAN

Rujukan :

  1. Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3

  2. Blog abdmuainazizsmkbg

  3. Youtube (Pendidikan)

DISUSUN DAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU IZZUDDIN MOHD ALI ( GURU ASK) SMK SIMPANG BELURU, KUALA KANGSAR, PERAK