Diakhir pembelajaran, pelajar dapat :
Mengesan dan membaiki ralat dalam pseudokod dan melukis carta alir bagi penyelesaian masalah yang melibatkan SEARCH.
Ralat dalam algoritma akan menyebabkan aturcara yang dibangunkan tidak dapat menghasilkan output dikehendaki.
Dua jenis teknik semakan untuk mengesan ralat :
Semakan meja ( desk checking )
Semakan langkah demi langkah ( stepping through )
Tujuan menguji dan membaiki ralat :
Algoritma diuji untuk tujuan pembaikan.
Memastikan logik algoritma betul dan memikirkan pembaikan algoritma supaya menjadi lebih efisien.
Langkah - langkah pengujian ralat :
Kenalpasti output yang dijangka.
Kenalpasti output yang diperolehi.
Bandingan kedua - dua output tersebut.
Lakukan penambaikan kepada algoritma.
Output yang betul bergantung kepada nilai pemboleh ubah sewaktu algoritma papar dipanggil.
Membandingkan output dijangka merupakan satu - satunya cara menentukan kesahihan output.
Output dijangka ditentukan secara hitungan manual.
Contoh teknik semakan meja adalah seperti di bawah.
Jadual pemboleh ubah digunakan untuk mengesan perubahan pada algoritma yang telah mengumpuk dan mengubah nilai sesuatu pemboleh ubah.
Setiap baris algoritma mungkin akan membuat perubahan ke atas pemboleh ubah tertentu.
Contoh teknik semakan langkah demi langkah adalah seperti di bawah.
Melanie diberikan satu tugasan oleh gurunya untuk membina satu atur cara yang mencari dan memaparkan nilai 8 dalam senarai berikut :
3 7 2 9 6 4 1 5 8 10 11 13
Melanie telah menghasilkan pseudokod dan carta alir seperti di bawah.
Apabila aturcara disemak, Melani mendapati bahawa atur cara hanya menyemak nilai pertama dalam senarai dan seterusnya semakan berulang tanpa memaparkan sebarang hasil.
Pseudokod
Mula
Setkan senarai
L = [ 3, 7, 2, 9, 6, 4, 1, 5, 8, 10, 11, 13 ]
Isytihar pemboleh ubah i, n , T
Setkan i = 0
Setkan n = 12
for i < n
Jika L[i] == T
Papar n
Keluar gelung
Jika tidak
Ulang langkah 6
Tamat jika
Tamat
Mengesan Ralat Pseudokod
Rujukan :
Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3
Blog abdmuainazizsmkbg
Youtube (Pendidikan)
DISUSUN DAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU IZZUDDIN MOHD ALI ( GURU ASK )
SMK SIMPANG BELURU, KUALA KANGSAR, PERAK