BAB 3 : algoritma

BUCKET SORT

Diakhir pembelajaran, pelajar dapat :

  • Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang menunjukkan bucket sort.

  • Bucket sort ialah isihan yang menyusun item – item dalam senarai mengikut kategori tertentu.

  • Baldi diwujudkan dan item – item perlu dimasukkan ke dalam baldi tersebut mengikut kategori tertentu.

  • Kemudian item – item dalam setiap baldi akan diisih secara menaik atau menurun.

  • Item – item yang telah diisih akan dikeluarkan dan dicantum semula ke dalam senarai.

  • Bukcet sort akan mengisih item sebanyak 2 kali iaitu :

        • Isihan pertama berlaku apabila item – item dalam senarai diisih mengikut julat dalam baldi.

        • Isihan kedua berlaku apabila item – item dalam setiap baldi diisih megikut urutan.

ALGORITMA BUCKET SORT

  1. Wujudkan beberapa baldi untuk menyimpan item – item daripada senarai secara sementara.

  2. Tentukan julat bagi setiap baldi supaya item – item dapat dimasukkan ke dalam baldi.

  3. Masukkan setiap item secara sementara ke dalam baldi berdasarkan julat yang ditetapkan.

  4. Isih item – item di dalam setiap baldi.

  5. Setelah item – item dalam semua baldi diisih, cantumkan item – item tersebut dan masukkan semual ke dalam senarai.

pseudo kod

Penerangan Pemboleh ubah :

  • L = senarai yang mengandungi item – item yang perlu diisih.

  • Contoh L = [ Hilmi, Anas, Siti, Ali, Abu, Lokman, Halimah, Seman, Mukhlis, Maisara]

  • i = mewakili kedudukan item dalam senarai L. Contoh i = 2, maka L[i] = L[2] = Siti

  • n = mewakili bilangan item dalam senarai L. Berdasarkan contoh yang diberi, senarai L mengandungi item sebanyak 10. Maka n = 10.

  • nB = mewakili bilangan baldi yang diperlukan.

  • j = mewakili kedudukan baldi.

Pseudo Kod :

  1. Mula

  2. Setkan senarai L = [ Hilmi, Anas, Siti, Ali, Abu, Lokman, Halimah, Seman, Mukhlis, Maisara]

  3. Setkan senaraiBaharu [ ]

  4. Isytihar pemboleh ubah i , j , n , nB

  5. Setkan n = 15 # Boleh juga ditulis dengan Setkan n = len(L)

  6. Setkan nB = bilangan baldi

  7. Wujudkan baldi kosong

  8. Masukkan item ke dalam baldi

  9. Setkan i = 0

  10. for i < n

      • Masukkan senarai [ i ] ke dalam baldi

      • Kira i = i + 1

  11. Setkan j = 0

  12. for j < nB

      • Jika baldi [ j ] kosong

            • Kira j = j + 1

      • Jika tidak

            • Isih item # Gunakan bubble sort / jenis - jenis isihan yang lain.

            • Kira j = j + 1

  13. Cantum dan masukkan item – item ke dalam senaraiBaharu[ ]

  14. Papar senaraiBaharu [ ]

  15. Tamat

CARTA ALIR

penerangan CARTA ALIR

LATIHAN PENGUKUHAN

Rujukan :

  1. Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3

  2. Blog abdmuainazizsmkbg

  3. Youtube (Pendidikan)

  4. https://youtu.be/HHVxkJJfwxY

DISUSUN DAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU IZZUDDIN MOHD ALI ( GURU ASK )

SMK SIMPANG BELURU, KUALA KANGSAR, PERAK