bab 3 : algoritma

3.1 PEMBANGUNAN ALGORITMA

Diakhir pembelajaran, pelajar dapat :

  • Menghasilkan algoritma melibatkan gabungan teknik search dan sort.

  1. Gabungan algoritma search dan sort sering digunakan dalam aktiviti kehidupan seharian kita yang melibatkan proses pencarian dan pengisihan.

  2. Dalam pembinaan aturcara, gabungan teknik search dan sort perlu digunakan kerana :

        • Mempercepat dan memudahkan proses penyelesaian sesuatu masalah.

        • Mendapat output yang dikehendaki.

  3. Contoh situasi yang memerlukan gabungan teknik search dan sort dalam penyelesaian masalah adalah seperti :

        • Pencarian ikan - ikan berkualiti yang mempunyai nilai pasaran oleh para nelayan semasa aktiviti penangkapan ikan di laut. Ikan - ikan yang berkualiti tersebut akan dihantar kepada pemborong mengikut jenisnya.

        • Jessica ingin mengenal pasti nombor - nombor yang mengandungi digit 5 dalam kad - kad yang bernombor 1 hingga 100.

        • Seorang suri rumah mengasingkan pakaian mengikut warna sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.

        • Seorang guru merekod gred markah ujian murid.

        • Seorang guru mencari senarai murid berdasarkan ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan.

        • Seorang posmen megasingkan surat di pejabat pos sebelum diposkan kepada penerima.

PEMBINAAN ALGORITMA BAGI GABUNGAN TEKNIK SEARCH DAN SORT

CONTOH 1

Semasa aktiviti penangkapan ikan di laut, apabila pukat dinaikkan ke atas kapal, nelayan akan mencari ikan - ikan berkualiti yang mempunyai nilai di pasaran. Ikan - ikan ini akan diasingkan dan dimasukkan ke dalam bakul manakala ikan - ikan yang lain akan dilepaskan semula ke laut. Ikan - ikan yang terdapat di dalam bakul akan diisih mengikut jenisnya.

PEMBINAAN ALGORITMA

  1. Naikkan pukat ke atas kapal.

  2. Cari ikan - ikan berkualiti yang mempunyai nilai di pasaran.

  3. Jika ikan tidak berkualiti, lepaskan semula ke laut.

  4. Isih ikan mengikut jenisnya.

CONTOH 2

Mengasingkan pakaian putih dan yang berwarna untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.

  • Pakaian berselerak.

  • Mencari dan mengumpul pakaian.

  • Mengasingkan pakaian putih dan berwarna dari himpunan pakaian.

PEMBINAAN ALGORITMA

  1. Cari dan kumpul semua pakaian yang hendak dibasuh ( teknik search ).

  2. Asing dan isihkan pakaian ( teknik search dan sort ).

  3. Masukkan pakaian yang telah diisih ke dalam mesin basuh yang berasingan.

  4. Hidupkan mesin basuh.

CONTOH 3

Mencari senarai murid dikalangan ibu bapa yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3000 sebulan.

PEMBINAAN ALGORITMA

  1. Cari dan kumpulkan semua murid dikalangan ibu bapa mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah ( teknik search ).

  2. Isih senarai baharu dalam tertib menaik atau menurun. ( teknik sort ).

  3. Senarai baharu semua murid dikalangan ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM 3000.

LATIHAN PENGUKUHAN

Rujukan :

  1. Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3

  2. Blog abdmuainazizsmkbg

DISUSUN DAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU IZZUDDIN MOHD ALI ( GURU ASK )

SMK SIMPANG BELURU, KUALA KANGSAR, PERAK