Diakhir pembelajaran, pelajar dapat :
Menulis pseudo kod dan melukis carta alir yang menunjukkan binary search
Pastikan item dalam senarai telah diisih mengikut urutan menaik.
Lihat item yang berada ditengah – tengah senarai.
Bandingkan item yang dicari dengan item yang berada ditengah-tengah tersebut.
Jika sama, carian akan dihentikan.
Jika tidak sama, adakah item carian < item yang berada ditengah-tengah tersebut.
Jika lebih kurang, abaikan item yang berada ditengah-tengah dan juga item yang seterusnya.
Ulang langkah 2, 3, 4, 5 dan 6 sehingga item yang dicari telah dijumpai.
Berdasarkan langkah 5, adakah item carian > item yang berada ditengah-tengah tersebut.
Jika lebih besar, abaikan item yang ditengah-tengah dan juga semua item sebelumnya.
Ulang 2, 3, 4, 8 dan 9 sehingga item yang dicari telah dijumpai.
L = senarai yang mempunyai 10 item seperti L = [ Ali , Budin , Chew , Loges , Gawal , Kamal , Soon , Azmir , Salleh, John ]
T = item carian
i = kedudukan item dalam senarai L seperti L[i] = L[2] = Chew
n = jumlah item dalam senarai L . Jika jumlah item = 10, maka nilai n = 10.
m = kedudukan item yang berada ditengah-tengah senarai L.
j = n – 1, iaitu jumlah item dalam senarai (10) tolak 1 untuk permulaan.
j = m + 1, iaitu kedudukan item pertengahan ditambahkan dengan 1 UNTUK KES nilai carian < nilai pertengahan.
Mula
Setkan L = [ Ali, Azmir, Budin, Chew, Gawal, John, Kamal, Loges, Salleh, Soon, ]
Isytihar pemboleh ubah n, i, j, m, T
Setkan n = 10
Setkan i = 0
Setkan j = n - 1
Masukkan nilai carian, T
while i < j
Setkan m = ( i + j ) / 2
Jika T = = L[m]
Papar “ Item ada dalam senarai”
Langkau ke langkah 10
Jika T < L[m]
Kira j = m – 1
Jika tidak
Kira i = m + 1
Tamat jika
Tamat jika
Papar “ Item tiada dalam senarai”
Tamat
Rujukan :
Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3
Blog abdmuainazizsmkbg
Youtube (Pendidikan)
DISUSUN DAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU IZZUDDIN MOHD ALI ( GURU ASK )
SMK SIMPANG BELURU, KUALA KANGSAR, PERAK