Panduan ini menghimpunkan peranan, tanggungjawab dan etika yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli PRESiS dalam usaha memastikan disiplin, kebajikan serta kelancaran pentadbiran harian sekolah sentiasa terjaga. Segala maklumat di sini berfungsi sebagai rujukan utama bagi membantu pengawas melaksanakan tugas dengan lebih teratur & berkesan.
(Majlis Pimpinan Utama akan menjalankan tugas berdasarkan jawatan mereka)
PRESiS telah dibahagikan kepada 2 sektor untuk memudahkan kelancaran tugas, iaitu:
Sektor Pengurusan Sekolah (diselia urus Timbalan Ketua Murid)
Sektor Pengurusan Sistem Rumah (diselia urus Ketua Asrama & Eksekutif Sistem Rumah)
(Sektor ini telah dirombak dengan perubahan kepada biro-biro berikut)
Biro ini menguruskan Kelas Persediaan Petang & Kelas Persediaan Malam serta hal ehwal akademik batch masing-masing.
Biro ini menyelia semua tugas-tugas khas pengawas & Buku Pelaporan Pengawas serta memberi teguran kepada pelajar-pelajar.
Biro ini menguruskan Google Sheets, OPR Pengawas & Rumah, Laman Web & Canva serta hal ehwal teknikal majlis rasmi / tidak rasmi.
Biro ini menyelia majlis sekolah & memastikan program protokol patuhi kehendak serta bantu penyediaan skrip dan aturcara hadiah.
(Sektor ini merupakan tambahan baharu dengan biro-biro berikut)
Jawatankuasa baharu ini terdiri daripada Ketua Asrama & Eksekutif Sistem Rumah dibantu Kapten-Kapten Rumah & Majlis Tertinggi (M.T.) setiap rumah
Biro ini menyelia Indigo Report & urus Skuad PANTAS serta menjaga pagar asrama. Pemeriksaan asrama akan dijalankan oleh M.T.
Biro ini mengurus pergerakan murid & memastikan keterampilan murid dalam keadaan terbaik. Terlibat dalam urusan blok akademik.
Biro ini terlibat dalam aktiviti riadah petang melibatkan ketertiban dan kepatuhan masa serta menjadi AJK Khas KESUMA.
Biro ini mengurus jadual dewan makan asrama serta menjalankan semakan makanan pada waktu pagi dan petang.