2025 Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil 1/2025 DOSM Melaka telah diadakan pada 16 April 2025 di Ruang Legar, Aras 8, DOSM Melaka.
Pengarah DOSM Negeri Melaka, Encik Azmi bin Ali telah menyampaikan amanat kepada semua warga DOSM Melaka untuk meningkatkan keyakinan dan potensi diri sekaligus perkongsian permasalahan dapat diselesaikan bersama pegawai berkaitan isu-isu berbangkit.
Selain itu, sesi perkongsian pengetahuan tentang AKRAB telah diadakan juga yang disampaikan oleh salah seorang Ahli AKRAB aktif, Puan Zuliana Binti Mohd Zain.
Beliau juga turut menasihati para anggota DOSM Melaka untuk sentiasa cakna berkenaan rakan sekeliling bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi serta menggalakkan semua anggota untuk melibatkan diri dalam AKRAB.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan dapat meningkatkan nilai kerja yang produktif serta dapat menerapkan nilai nilai murni dalam pekerjaan seharian.
2025 Suatu kunjungan telah diadakan ke kediaman Encik Mohd Fazli bin Norzan, Pembantu Perangkaan E2 (TBK1) DOSM Negeri Sembilan dari Seksyen Perkhidmatan & Industri pada 5 Februari 2025 bertempat di Taman Rashibah Indah, Sikamat, Negeri Sembilan. Encik Mohd Fazli bin Norzan dilaporkan tidak sihat berpanjangan dan berada dalam tempoh Cuti Tanpa Gaji. Beliau kini dalam proses untuk Persaraan Pilihan Atas Sebab Kesihatan mulai 1 September 2025.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Encik Kamaruz’zaman bin Ibrahim, Penyelia Tertinggi Unit Perkhidmatan dan Kewangan, Encik Khairulnizam bin Yaacob, Penyelia Kanan Seksyen, Puan Kalaivani a/p Batumalai, Ketua Seksyen Khidmat Sokongan & Perundingan merangkap AJK AKRAB DOSM Negeri Sembilan berserta wakil lain dari DOSM Negeri Sembilan yang turut hadir ke sesi lawatan ini.
2025 Sesi Kunjungan Ziarah Kasih ke atas Puan Suriati binti Shaari, Penolong Pegawai Perangkaan E6 (TBK) DOSM Negeri Sembilan dari Seksyen Isi Rumah telah diadakan pada 17 Mac 2025 (Isnin) bertempat di Kg Teluk, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang melibatkan wakil AKRAB DOSM Negeri Sembilan dan disertai oleh pegawai dari Seksyen Khidmat Sokongan dan Perundingan, DOSM Negeri Sembilan.
Puan Suriati binti Shaari telah bertukar ke Ibu Pejabat mulai 3 Februari 2025 dan dalam proses menunggu untuk Persaraan Atas Sebab Kesihatan.
2025 Perjumpaan AKRAB DOSM Johor bersama Pengarah DOSM Johor membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun, telah diadakan pada 14 Februari 2025 yang lalu
2024 AKRAB DOSM Melaka bersama komuniti