Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelbagai kelompok dan peringkat lapisan pekerja. Kelompok dan peringkat lapisan pekerja mempunyai budaya yang tersendiri dan saling bergantung antara satu sama lain. Budaya kerja dan kualiti sama ada positif atau negatif ke arah transformasi mudah menular di kalangan rakan sekerja.
Lantaran itu, rakan sekerja menjadi faktor terpenting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pegawai dan seterusnya pembentukan budaya organisasi yang bersedia melakukan transformasi. Ini adalah kerana :
Pegawai berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka;
Lebih mudah berbincang tentang kebimbangan peribadi dan menerima pertolongan mereka; dan.
Pegawai boleh dilatih untuk memberi pertolongan yang positif dan lebih berkesan kepada rakan mereka.