1. Apakah itu Program Pembangunan Siswa Sulung?
Menyediakan peluang menyambung pengajian dan pembiayaan pendidikan kepada pelajar kategori B40 yang belum ada ahli keluarganya melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.
2. Apakah tujuan Program Pembangunan Siswa Sulung ditubuhkan?
Memenuhi aspirasi negara dalam merubah kehidupan keluarga B40 untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.
3. Apakah kelayakan untuk menerima manfaat dari Program Pembangunan Siswa Sulung?
i. Merupakan anak/wakil pertama dalam keluarga yang menyambung pelajar ke UA
ii. Program Ijazah Sarjana Muda Sahaja
iii. Pengajian Sepenuh Masa
iv. Memperoleh PNGK 3.0
v. Golongan isi pendapatan keluarga B40
vi. Pelajar yang BUKAN merupakan penerima biasiswa PENUH Pengajian daripada mana-mana pihak serta tajaan daripada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan MARA (Majlis Amanah Rakyat) bagi menampung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda yang diikuti di UA (tidak termasuk penerima pinjaman, zakat dan lain-lain bantuan kewangan bukan berbentuk biasiswa penuh).
4. Apakah manfaat yang akan diperoleh pelajar yang berada dibawah Program Pembangunan Siswa Sulung?
i. Pengecualian penuh kesemua ‘yuran universiti’ sepanjang tempoh pengajian berkuatkuasa dari semester mula ditawarkan bagi mod sepenuh masa sahaja seperti yang termaktub dalam peraturan akademik Sarjana Muda dan Diploma
(yuran one-off dan yuran berulang) kecuali yuran penginapan.
ii. Program Pembangunan Insaniah: Program Unggul Siswa Sulung & Program Berasaskan Konsep J.E.R.I.S (Jasmani, Emosi,
Rohani Intelek dan Sosial)
iii. Sokongan akademik dan kaunseling dari Pembimbing Sulung.
5. Bilakah tarikh yang perlu pelajar hantar dokumen Program Pembangunan Siswa Sulung?
14 hari tempoh bekerja dari tarikh surat tawaran.
6. Pihak yang pelajar boleh berurusan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
PELAJAR SHAH ALAM
UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
03-55443542/3545
PELAJAR KAMPUS CAWANGAN UiTM
Rujuk : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR KAMPUS CAWANGAN UITM YANG BERKAITAN
7. Apa yang terjadi bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan peperiksaan semester yang telah ditetapkan?
Penamatan serta merta dan tidak akan menerima pengecualian untuk semester seterusnya.
8. Adakah pelajar yang membuat penangguhan/cuti khas layak menerima bayaran?
Tidak layak kerana tujuan dermasiswa ini diberikan adalah untuk menampung pembelajaran pada semester tersebut.
9. Bagaimanakah cara untuk saya (penerima manfaat) membuat tuntutan pemulangan yuran pengajian setelah bersetuju
menerima tawaran ini?
Pelajar yang telah lengkap pengisian dokumen perjanjian sulung dan menghantar ke Pejabat HEP boleh melayari link yang disertakan untuk tuntutan pemulangan yuran pengajian semester ini. https://bendahari.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/37-pelajar/50-pelajar-tahukah-anda?Itemid=101#soalan-6-bagaimana-cara-untuk-saya-memohon-pemulangan-yuran-pengajian-dan-yuran-yuran-lain
Pejabat Bendahari akan mula memproses pemulangan yuran dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima. (Termasuk senarai muktamad pelajar yang layak menerima daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar)
10. Bilakah Tarikh Akhir Penghantaran Dokumen Perjanjian Program Pembangunan Siswa Sulung setelah
menerima surat tawaran?
Pelajar dikehendaki untuk menghantar dokumen secara hardcopy dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
Penghantaran yang dibuat selepas tarikh yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.
11. Di manakah tempat penghantaran dokumen Program Pembangunan Siswa Sulung?
Pelajar UiTM Shah Alam:
UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
03-55443542/3545
Pelajar UiTM Kampus/Cawangan
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KAMPUS/CAWANGAN MASING-MASING