PANDUAN
PANDUAN
PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN
PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 3.0 (SULUNG 3.0)
ARAHAN KEPADA PENERIMA MANFAAT PROGAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 3.0 PERINGKAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(Nota : Semua maklumat yang diisi dalam borang ini hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR)
Setiap penerima manfaat PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 3.0 WAJIB mencetak semua dokumen yang dilampirkan
(i) Dokumen Perjanjian SULUNG 3.0
(ii) LAMPIRAN A_Surat Tawaran sebagai Penerima Manfaat SULUNG 3.0
(iii) LAMPIRAN B_Senarai Semak Dokumen SULUNG 3.0
(iv) LAMPIRAN C_Syarat-syarat Tawaran SULUNG 3.0
(v) LAMPIRAN D_Akuan Penerimaan sebagai Penerima Manfaat bagi SULUNG 3.0
Dokumen Perjanjian SULUNG 3.0 :
a. Perlu ditulis menggunakan PEN HITAM
b. Dokumen perlu dicetak 2 salinan (tidak boleh fotokopi)
c. Dokumen perlu ditandatangan ringkas oleh pelajar
d. Dokumen perlu dimatikan setem (asal dan salinan)
e. Muka hadapan Dokumen Perjanjian perlu ditaip dengan tulisan ARIAL saiz 14 pada:
(NAMA PENERIMA MANFAAT)
(NO. KAD PENGENALAN)
Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir perlu disahkan benar dari salinan asal.
Pegawai pengesah adalah terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 ke atas)
Salinan Slip Gaji dan Pengesahan Pendapatan Kedua Ibu dan Bapa perlu disahkan benar dari salinan asal.
Setem hasil RM10 perlu dibeli 2 keping dan ditampal di dokumen perjanjian m/s 4 – perlu dimatikan.
DOKUMEN PERJANJIAN M/S 15
UiTM SHAH ALAM:
Bahagian UNTUK DAN BAGI PIHAK UNIVERSITI
ditandatangani oleh Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian atau Dekan Fakulti dan;
Bahagian DI HADAPAN
Ditandatangani oleh Dekan HEP Kolej Pengajian atau Timbalan Dekan HEP Fakulti atau;
mana-mana pegawai pentadbir tertinggi Kolej/Fakulti Pengajian.
UiTM KAMPUS CAWANGAN:
Bahagian UNTUK DAN BAGI PIHAK UNIVERSITI
Ditandatangani oleh Rektor/Timbalan/Penolong Rektor HEP Kampus/Cawangan dan;
Bahagian DI HADAPAN
Ditandatangani oleh mana-mana pegawai pentadbir tertinggi kampus/cawangan masing-masing.
DOKUMEN PERJANJIAN M/S 15
Bahagian UNTUK DAN BAGI PIHAK PENERIMA MANFAAT
Ditandatangani oleh penerima manfaat Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0.
Bahagian DI HADAPAN
Ditandatangani oleh mana-mana Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional
Dokumen Perjanjian (m/s 4 & 16)
Mukasurat 4
PERJANJIAN INI dibuat pada ....... hari bulan ........... tahun ............ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perjanjian ini“). --- tarikh perjanjian perlu mengikut tarikh mati setem dibuat.
Duti setem perlu dilampirkan didalam dokumen perjanjian yang dihantar kepada pihak HEP.
Duti Setem boleh didapati melalui atas talian di website:stamps.hasil.gov.my/stamps/
Sebarang permasalahan atau pertanyaan tentang duti setem boleh menghubungi :-
Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil LHDNM atau emel kepada stamps@hasil.gov.my .
Dokumen Perjanjian m/s 16
tarikh perjanjian perlu mengikut tarikh mati setem dibuat.