PROGRAM J.E.R.I.S
PROGRAM J.E.R.I.S
Program Kemahiran Insaniah Pelajar Sulung
Pelajar penerima Sulung turut memperoleh manfaat pembangunan insaniah melalui Program Unggul Siswa Sulung dan Program berasaskan konsep J.E.R.I.S (Jasmani, Emosi, Rohani Intelek dan Sosial) serta menerima sokongan akademik dan kaunseling daripada pembimbing SULUNG.
Pihak Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar akan merangka dan melaksanakan modul J.E.R.I.S untuk penerima manfaat SULUNG
Pihak Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar perlu memastikan setiap kampus/cawangan telah melaksanakan modul J.E.R.I.S kepada para penerima manfaat SULUNG.
Objektif J.E.R.I.S
Memperkenalkan konsep dan kaedah coaching kendiri (Self-Coaching) kepada pelajar-pelajar UiTM uniuk mencemerlangkan prestasi pencapaian akademik.
Menjelaskan kepada pelajar konsep dan kaedah NLP (Neuro- Linguistic Programming) dalam 'Self-Coaching'.
Mengetahui kaedah mengendali emosi diri (state management) supaya sentiasa berada dalam keadaan diri yang 'empowering' (COACH State).
Menjadikan pelajar-pelajar UiTM supaya lebih berfikiran kritis dan kreatif melalui kefahaman menjana soalan yang 'powerful' dalam Self Coaching.
.