Memiliki kebolehan untuk menyatakan pendapat dan pengertian dengan jelas secara lisan dan dalam bentuk penulisan.
Tindakan utama pemimpin yang mempunyai kemahiran komunikasi termasuklah:
Saya percaya bahawa pendapat saya penting
Saya boleh menyatakan pandangan dan pendapat saya kepada orang lain dengan yakin
Saya boleh bercakap di hadapan orang ramai dengan yakin
Saya boleh mempertimbangkan idea dan pendapat orang lain walaupun berbeza dengan saya
Saya boleh menggalakkan dan memberi motivasi kepada orang lain untuk bekerjasama menyelesaikan sesuatu tugasan
Dalam video ini, 5 pemimpin pelajar - Vassenthen, Sakiani, Mazira, Fatini and Najihah berkongsi pengalaman mereka menyertai program TFM. Beri perhatian kepada keyakinan mereka dalam bercakap dan mempersembahkan pendapat mereka!
Fahami dan amalkan mendengar secara aktif.
Capai matlamat komunikasi dengan hormat dan berkesan.
Berkomunikasi menjangkaui kata-kata termasuk secara bukan lisan. Adakah kamu boleh mengenal pasti komunikasi jenis ini dalam situasi berlainan di sekolah?