memahami apa itu mendengar secara aktif berbanding mendengar secara pasif; dan
mengetahui cara mendengar secara aktif
Cikgu Chang meneruskan, "Ini klip pendek daripada filem 'Inside Out', kamu pernah tonton filem ini?"
"Perhatikan reaksi Bing Bong (gajah merah jambu) Joy (watak gembira berbaju kuning) berkomunikasi dengannya berbanding reaksi Bing Bong apabila Sadness (watak berwarna biru) berkomunikasi dengannya. Apa perbezaannya?"
Klik 'Play' untuk memainkan video.
Mengapa reaksi Bing Bong berbeza terhadap Joy dan Sadness?
Cari TIGA jawapan yang betul melalui kuiz di bawah! Klik butang 'MULA'!
"Jadi, apa yang ditunjukkan oleh Sadness dalam video tadi adalah 'mendengar secara aktif', dan apa yang ditunjukkan Joy adalah 'mendengar secara pasif'," kata cikgu Chang sambil mematikan projektor.
ialah apabila kamu mendengar dengan telinga anda dan juga seluruh tubuh badan! Ini bermakna kamu memberi perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh seseorang dan kamu mungkin menganggukkan kepala atau berkata 'ya' untuk menunjukkan bahawa kamu faham.
ialah apabila kamu mendengar apa yang diperkatan, tetapi kamu tidak benar-benar memberi perhatian. Contohnya daripada fokus kepada apa yang sedang dikatakan oleh rakan, sebaliknya kamu memikirkan bunyi kicauan burung di luar.
Cikgu Chang meminta Kieran untuk tampil ke hadapan, "Baiklah kelas, Kieran akan berkongsi mengenai harinya kepada saya dan saya mahu kamu perhatikan apa yang saya lakukan semasa saya mendengar kisah Kieran. Kieran, kamu boleh mula."
Ana dan rakan sekelasnya memerhati Cikgu Chang dengan teliti.
Cikgu Chang menghentikan aktiviti dan menoleh kepada pelajarnya, "Okey, apa yang saya lakukan?"
Dalam keadaan teruja, Mei Ling mengangkat tangan,
"Cikgu memandang Kieran sepanjang masa!
Saya rasa cikgu sedang memberi perhatian
dan berminat dengan apa yang Kieran katakan."
Ana menambah,
"Cikgu banyak kali menganggukkan kepala.
Adakah cikgu bersetuju dengan Kieran?"
tanya Ana.
"Sebenarnya, saya sedang cuba untuk menunjukkan bahawa saya memahami apa yang diperkatakannya, tidak kira sama ada saya bersetuju mahupun tidak,” jawab Cikgu Chang.
“Kalau kamu sedar, saya juga bertanyakan beberapa soalan kepada Kieran.
Apabila mendengar secara aktif, kamu boleh bertanya jika kurang faham atau mahu mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut.”
Kieran mencelah,
"Cikgu Chang, saya juga perasan cikgu ada mengulang kembali apa yang saya telah katakan.
Saya rasa dihargai.
Nampak cikgu benar-benar mendengar dan memahami apa yang saya sampaikan."
"Baiklah semua, itulah cara kamu aplikasikan mendengar secara aktif!" kata Cikgu Chang, bangga dengan pelajarnya.