Mengambil langkah pertama untuk mencipta dan membina penyelesaian sendiri serta keinginan untuk menggembleng sumber sendiri bagi mencapainya, dan semangat untuk meneruskan langkah sehingga semuanya tercapai.
Tindakan utama pemimpin yang mempunyai kuasa bertindak yang kuat termasuklah:
Saya percaya bahawa saya mempunyai tanggungjawab untuk memberi kesan positif kepada komuniti saya
Saya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh individu, kumpulan, sekolah atau komuniti di sekeliling saya
Saya boleh memikirkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh diri saya atau orang lain
Saya boleh mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu sebelum membuat keputusan
Saya yakin yang saya boleh memberi kesan positif kepada komuniti saya
Dapatkan ilham daripada salah seorang pemimpin pelajar, Shahril yang telah memulakan sebuat inisiatif iaitu reChange-ed untuk mempertingkatkan pengalaman pembelajaran rakan-rakannya di sekolah.
Pupuk harapan dan tanggungjawab terhadap komuniti di persekitaran kamu.
Bayangkan kamu sebagai individu terbaik mengambil tindakan untuk membuat kesan positif kepada komuniti.
Cabar pemikiran yang biasa dan terokai sisi kreatif kamu untuk membina penyelesaian berkesan.