menunjukkan empati dan tanggungjawab terhadap isu masyarakat dan penambahbaiknya; dan
memahami mengapa pembelajaran sosio emosi, daya tahan dan komunikasi yang baik adalah penting dalam mengambil tindakan untuk mencipta perubahan
Mei Ling teringat memorinya bermain di taman permainan itu ketika dia masih kecil.
Melihat keadaan taman itu, dia berasa sedih kerana kanak-kanak itu tidak dapat merasa keseronokan bermain sepertinya di sana.
Jadi, Mei Ling bersetuju dengan Ana - mereka harus membantu membaiki taman permainan itu.
Klik butang '>' untuk melihat keadaan taman permainan suatu masa dahulu, berbanding dengan keadaannya sekarang.
1) Apa perasaan kamu sekiranya kamu adalah kanak-kanak tadi?
2) Pada pendapat kamu, mengapa kanak-kanak itu merasakan sedemikian?
3) Mengapa Ana dan Mei Ling patut membantu kanak-kanak tersebut?
Catatkan jawapan dalam 1-2 ayat atau dalam bentuk lukisan pada ruangan di bawah.
Semasa Ana dan Mei Ling berkongsi buah fikiran, Ana teringat pembelajarannya di pekan ini.
“Mei Ling, saya ingat lagi - untuk menyelesaikan sesuatu, kita mesti bijak mengurus emosi supaya kita boleh membina daya tahan. Kita juga mesti berkomunikasi dengan baik untuk mendapatkan pertolongan orang lain bagi menyelesaikan isu taman permainan itu,” kata Ana.
"Mengapa awak berkata begitu?" tanya Mei Ling. "Boleh awak jelaskan kepada saya?"
"Membaiki taman permainan ini mungkin susah. Kita tidak perlu berasa kecewa dan berputus asa. Jika kita tidak mampu melakukannya sendirian, kita perlu meminta bantuan orang lain untuk membaiki taman permainan!" terang Ana.
Sekarang, tonton video ini dan huraikan bagaimana beruang dan moose boleh bertindak dengan lebih baik dari segi:
pengurusan emosi
memupuk daya tahan
berkomunikasi dengan baik
Klik butang 'Get Started' dan tekan 'Play' untuk bermula.