Satu hari, semua kanak-kanak di Malaysia akan mendapat peluang untuk mencapai potensi melalui pendidikan berkualiti.
Teach For Malaysia adalah sebuah organisasi yang percaya bahawa pendidikan berkualiti adalah alat yang paling penting bagi kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka.
Di Teach For Malaysia, kami percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin - termasuk anda. Kami mengimpikan dunia di mana semua kanak-kanak di Malaysia diperkasakan sebagai pemimpin kepada pembelajaran dan masa depan mereka serta masa depan Malaysia.
Kursus Kepimpinan Menuju Perubahan ataupun Leadership For Change bermatlamat untuk menginspirasi dan memperkasa pelajar berbilang umur dan latar belakang di seluruh negara melalui siri modul pembejaran kendiri supaya mereka mampu menjadi pemimpin kepada pembelajaran dan masa depan mereka serta masa depan Malaysia.
Ayuh kita lihat apa yang bakal disediakan sepanjang kursus ini!
Pelajaran 1: Emosi dan asal-usulnya
Pelajaran 2: Panduan pengurusan emosi
Pelajaran 3: "Saya faham perasaan awak" - Langkah pertama empati
Pelajaran 1: Menenangkan gejolak - Mengurus tekanan & keresahan
Pelajaran 2: Minda tetap vs minda pertumbuhan
Pelajaran 3: Mendapatkan sokongan
Pelajaran 1: Mendengar secara aktif
Pelajaran 2: Komunikasi dengan hormat
Pelajaran 3: Membina hubungan
Kursus ini akan membawa anda menelusuri pengembaraan Ana sebagai watak utama di SMK Pemimpin, di mana dia akan menimba pelbagai pengalaman belajar.
Nota pembelajaran membantu anda memahami konsep pada setiap modul. Jangan lupa catat nota anda sendiri!
Pelbagai bentuk aktiviti interaktif menanti untuk meningkatkan kefahaman dan membuat pembelajaran suatu pengalaman yang menyeronokkan!
Di pengakhiran setiap modul, selesaikan kuiz ringkas (hanya 10 soalan!). Kuiz ini tidak sukar jika beri perhatian penuh sepanjang kursus.
Pastikan anda berada di tempat yang senyap dengan gangguan yang minimum untuk melengkapkan kursus. Tidak perlu terburu-buru, baca arahan, renungkan dan berhenti seketika sekali-sekala!
Mulakan dari Modul 1: Pembelajaran sosio emosi hingga ke Modul 5: Advokasi. Anda boleh ambil masa mengikut kesesuaian untuk melengkapkan kesemua modul di dalam kursus.
Memandangkan terdapat nota pembelajaran, kami amat menggalakkan anda membuat catatan nota dan berkongsi pandangan anda sepanjang kursus ini.