menghuraikan dengan tepat bagaimana keputusan saya untuk membantu boleh memberi kesan positif kepada komuniti; dan
membayangkan bagaimana saya boleh menyumbang secara positif dalam situasi lain
"Mei Ling, awak rasa kenapa kita patut tolong baiki taman permainan itu?" tanya Ana.
Mei Ling menjelaskan, "Supaya kanak-kanak itu boleh alami semua keseronokan seperti yang saya alami sewaktu saya kecil!"
Sekarang, lihat semula gambar di bawah - keadaan taman permainan semasa Mei Ling masih kecil.
"Sebenarnya Ana, kita boleh cadangkan perkara ini kepada warga sekolah untuk menjadikan sekolah tempat yang lebih baik!" jerit Mei Ling teruja.
Dia menyambung, "Contohnya tandas, sentiasa kotor. Awak rasa apa kita boleh buat?"
"Kita boleh buat jadual pembersihan oleh pelajar, pastikan tandas terjamin bersih!" Ana tersenyum.
Boleh kamu fikirkan cara-cara di mana kamu boleh menyumbang untuk menyelesaikan masalah-masalah berikut dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih baik?
Kongsikan pendapat kamu di Padlet!
Klik butang '+' untuk mula.