mempelajari faedah berkomunikasi dengan berkesan; dan
mempelajari cara berkomunikasi dengan berkesan dan penuh hormat
“Cikgu, betul ke kita tak akan ada kawan jika kita tidak tolong mereka seperti yang Pelajar B katakan?" tanya Ana.
"Itu tidak benar. Kita perlu ingat bahawa kita tidak mampu melakukan semua perkara yang dimahukan oleh semua orang kerana kita tidak mempunyai masa mahupun sumber yang mencukupi setiap masa. Jadi, kita perlulah berkomunikasi dengan baik dan me mbentuk persetujuan bersama tentang perkara yang perlu diberi kepentingan.
Kadang-kadang, tidak semua akan bersetuju, tetapi tidak mengapa. Kita hanya perlu berhati-hati apabila bercakap tentangnya." Cikgu Chang kemudiannya bertanya kepada Ana, "Kamu rasa mengapa berhemah dalam percakapan amat penting, Ana?"
Ana berfikir sejenak dan menjawab, "Saya rasa supaya kita dapat memahami perasaan orang lain."
❓❔ Boleh bantu Ana senaraikan 3 sebab mengapa berkomunikasi dengan hormat begitu penting?
Mei Ling menyampuk, "Saya teringat perbualan saya dengan abang saya malam tadi!"
Semasa makan malam bersama keluarga, Mei Ling dan abangnya Tee Jin bertukar pendapat tentang nasi lemak siapa yang lebih sedap - ibu atau nenek mereka.
Dalam situasi ini, kedua-dua adik-beradik mendengar pendapat masing-masing dan berbual dengan hormat, walaupun mereka tidak bersetuju antara satu sama lain.
Seorang lagi rakan sekelas, Andy, bermonolog sendirian, "Saya harap keadaan saya dengan kawan juga seperti itu semasa kami bergaduh pagi tadi."
Andy dan rakan baiknya, Arjun cuba membuat perancangan untuk hujung minggu.
Dalam situasi ini, kedua-dua rakan mengucapkan perkara yang tidak elok dan tidak dapat bersetuju dengan baik, yang mungkin menyebabkan mereka berasa sedih.
Boleh kamu kenal pasti sama ada senario berikut menunjukkan komunikasi secara berhemah ataupun tidak?
Tuliskan pendapat kamu di dalam permainan di bawah!