pemahaman tentang komunikasi bukan lisan sebagai satu bentuk komunikasi; dan
analisis senario yang biasa berlaku di sekolah
"Terdapat cara lain untuk berkomunikasi walaupun kita tidak berkata atau mendengar apa-apa," kata Cikgu Chang.
"Ia dipanggil komunikasi bukan lisan - cara kita bercakap dengan tubuh tanpa berkata-kata."
Jika saya berdiri tegak, saya akan nampak yakin. Tetapi jika saya membongkok, orang mungkin fikir saya penat atau sedih.
Jika saya gembira, saya senyum dan melambaikan tangan. Jika marah, saya mungkin akan berpeluk tubuh.
Apabila saya ingin menyampaikan sesuatu, saya melihat tepat ke mata orang tersebut. Dengan cara itu, mereka tahu bahawa saya serius.
Jika saya bercakap dengan perlahan dan jelas, mereka akan mendengar dengan lebih baik. Jika saya bercakap terlalu cepat, mungkin ada yang tidak faham.
“Oh, mesti itu sebabnya kadang-kadang saya rasa marah atau sedih apabila abang saya pergi tanpa berkata apa-apa apabila kami bergaduh," kata Ana.
"Selalunya saya akan bercakap dengan cepat dan menjerit apabila saya cuba untuk memberi penjelasan. Selepas ini, saya akan cuba bercakap dengan tenang, harap-harap kami dapat berkomunikasi dengan lebih baik selepas ini!”
Sekarang kamu sudah tahu yang kamu boleh berkomunikasi secara bukan lisan, ada cabaran menanti kamu!
Tonton video di bawah (klik butang 'Play'). Seterusnya, jawab soalan kuiz berkaitan video tadi!