Tesis

1.0 OBJEKTIF

Manual Pengkatalogan Deskriptif Bahan Tesis dan Disertasi ini merupakan panduan pengkatalogan deskriptif tesis akademik staf UiTM yang tidak diterbitkan. Istilah tesis ini merangkumi semua jenis disertasi akademik, projek lapangan (field projects), kertas penyelidikan dan lain-lain kertas yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan untuk mendapatkan ijazah dan lain-lain ‘scholastic recognition’. Manual ini tidak digunakan untuk mengkatalog bahan sama yang telah diterbitkan.

2.0 SKOP

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam menyediakan rekod bibliografik untuk bahan tesis bercetak di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran sahaja. Rekod dimasukkan di sub-menu Bibliographic Organisation yang terdapat di dalam Modul Cataloging (sistem ILMU).

3.0 RUJUKAN

Rujukan utama bagi pengkatalogan adalah:

4.0 KAEDAH-KAEDAH

Tesis akademik merupakan manuskrip yang telah dibukukan tetapi tidak diterbitkan. Oleh kerana keunikannya, maka kedua-dua peraturan untuk manuskrip (AACR2 chapter 4) dan peraturan untuk buku-buku (AACR2 Chapter 2) perlu dirujuk bersama dalam menghasilkan pengkatalogan deskriptif bahan ini selain AACR2 Chapter 1.

4.1 Tag 260

Hasilnya deskripsi untuk tesis kelihatan sama dengan bahan buku kecuali di bahagian imprint di tag 260 dan di bahagian Dissertation note di tag 502.

Oleh kerana tesis adalah bahan tidak diterbitkan atau ‘unpublished materials’ maka hanya maklumat tahun sahaja dimasukkan di tag 260 ( sila rujuk 1.4F9 AACR2) sementara maklumat penerbit dan tempat penerbitan tidak perlu diisikan. Sila rujuk 1.4C8 AACR2.

4.2 Tag 502

Satu lagi kelainan ialah di tag 502 yang digunakan untuk merekod maklumat tesis tersebut. Perkara ini dilakukan dengan cara memasukkan istilah ’Thesis’ diikuti dengan peringkat ijazah tersebut contohnya Masters, PhD dan sebagainya, nama universiti dan tarikh ijazah dikurniakan.

4.3 Ijazah yang ditawar

Untuk ijazah yang ditawarkan oleh UiTM, maka nama fakulti yang terlibat akan dimasukkan selepas nama universiti.

4.4 Pelbagai jenis dan nama peringkat ijazah

Oleh kerana terdapat berbagai jenis dan nama peringkat ijazah yang memerlukan pustakawan membuat senarai kawalan kuasa (authority) yang meremehkan, maka adalah lebih mudah bagi PTAR untuk menggunakan istilah umum doctoral bagi semua pengajian peringkat ijazah Ph.D dan menggunakan istilah master’s bagi semua jenis pengajian di peringkat sarjana. Perkara ini tidak lari dari peraturan 1.7B13 AACR2.

Contohnya:

502 # # |aThesis (doctoral) - Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000

502 # # |aThesis (master’s) - Universiti Teknologi MARA. Faculty of Accountancy, 2000

5.0 CONTOH-CONTOH

Di Modul Cataloging > Maintenance > Bibliographic Organisation(BO)

Penetapan PTAR

Di tag 502, PTAR hanya memasukkan subfield |a dan tidak multiple subfields iaitu |b, |c, |d atau |g. Perkara ini dilakukan dengan merujuk contoh standard menginput yang digunakan oleh OCLC. Walaupun standard tersebut digunakan oleh perpustakaan yang menyumbangkan rekod untuk OCLC (rujuk www.oclc.org/bibformats) ianya juga boleh digunakan untuk memudahkan input data di BO sistem ILMU kerana untuk tag 502 subfields selain |a tidak boleh diindeks oleh ILMU. Selain memudahkan input, perkara ini tidak menjejas paparan rekod di OPAC.

Di Accession Maintenance:

6.0 PENGKELASAN DAN PENGKATALOGAN PERKARA

Pengkelasan bahan tesis ini adalah sama seperti bahan-bahan lain di dalam modul Cataloging iaitu dengan merujuk kepada Library of Congress Classification System, dan National Library of Medicine. Pengkatalogan perkara pula dilaksanakan dengan merujuk Library of Congress Subject Headings dan Medical Subject Headings.

Manual ini akan dikemaskini apabila timbul keperluan dari masa ke masa.

Tarikh disediakan: 10 Ogos 2011