TAG 100 MAIN ENTRY – PERSONAL NAME
Nama Melayu (AACR2 22.27B1)
(a) Nama pengarang Melayu direkodkan secara terus dengan mengabaikan bin, binti dan haji.
Contoh:
Muhammad Idraki bin Mohd Izwan
|aMuhammad Idraki Mohd Izwan
(b) Nama keturunan seperti Sheikh, Sharifah, Tengku, Raja, Wan, Nik, Che direkodkan secara terus.
Contoh:
Syed Omar Syed Agil
Tengku Zawawi Tengku Zainal
Sharifah Faigah Syed Alwi
Che Bakar Che Mat
(c) Nama pengarang yang mempunyai nama keturunan (family name) seperti Merican, al-Attas, Alsagoff dan sebagainya perlu direkodkan di bawah nama keturunan tersebut.
Contoh:
|aal-Attas, Syed Hussein
|aMerican, Yaacob Hussain
(d) Nama pengarang yang mempunyai nama samaran, gunakan nama yang sering dikenali dan tertera di halaman title page. Nama asal pengarang diletakkan di Tag 700.
Contoh:
100 2 # |aMana Sikana
700 2 # |aAbdul Rahman Hanafiah
100 2 # |aTongkat Warrant|d1928-
700 2 # |aUsman Awang|d1928-
(e) Nama pengarang yang bermula dengan singkatan yang tertera pada title page direkodkan secara terus.
Contoh:
A. Samad Said
A. Aziz Deraman
S. Amin Shahab
(f) Nama pengarang Melayu yang mempunyai alias (@) direkodkan secara terus.
Contoh:
Ilias @ Illias Zaidi, 1945-
Halimah @ Nasibah Ahmad
Nama Cina (AACR2 22.24)
(a) Nama Cina direkodkan di bawah nama keluarga (family name)
Contoh:
Lim Goh Tong
|aLim, Goh Tong
Sim Ah Ba
|aSim, Ah Ba
(b) Nama Cina Kristian direkodkan di bawah nama keluarga diikuti dengan nama Kristian dan nama Cina.
Contoh:
Albert Tan Wee Kwan
|aTan, Albert Wee Kwan
Jennifer Mei Jiang-hai
|aMei, Jennifer Jiang-hai
(c) Nama Cina Muslim direkodkan di bawah nama keluarga diikuti dengan nama Muslim dan nama Cina
Contoh:
Omar Ong Yoke Lin
|aOng, Omar Yoke Lin
Ibrahim Ma
|aMa, Ibrahim Tien Ying
Nama India (AACR2 22.25)
(a) Nama pengarang India Malaysia direkodkan secara terus. ‘a/l’ atau ‘a/p’ dalam nama pengarang India tidak perlu diletakkan dalam entri utama atau entri tambahan tetapi boleh diletakkan pada (|c) di Tag 245.
Contoh:
Ramasamy a/l Muthu
|aRamasamy Muthu
(b) Nama pengarang India yang mempunyai surname perlu diterbalikkan.
Contoh:
Yogeswaran Subramaniam
|aSubramaniam, Yogeswaran
Hemendra Nath Das Gupta
|aDas Gupta, Hemendra Nath
(c) Nama sikh direkodkan secara terus sekiranya pengarang tidak menggunakan Singh atau Kaur sebagai surname.
Contoh:
Amrit Kaur
|aAmrit Kaur
Mehtab Singh
|aMehtab Singh
(d) Nama sikh direkodkan di bawah nama keluarga sekiranya pengarang menggunakan Singh atau Kaur sebagai surname.
Contoh:
Indrajit Singh
|aSingh, Indrajit
Kavitha Kaur Sidhu
|aSidhu, Kavitha Kaur
Nama Indonesia (AACR2 22.26)
(a) Nama pengarang Indonesia yang mempunyai bin, binti dan ibni direkodkan secara terus.
Contoh:
|aAbdullah bin Nuh
|aS. bin Umar
(b) Nama pengarang yang ditulis dalam satu perkataan atau berasingan dan bermula dengan Adi, Budi (Boedi), Joko (Djoko), Karta, Kusuma (Koesoema), Mangku (Mangkoe), Noto, Prawira, Pura, Sastra, Sri, Surya dan Tri direkodkan secara terus.
Contoh:
|aAdi Waskito
|aAdisendjaja
|aSri Muljono
(c) Nama yang mengandungi initials atau singkatan di penghujung nama direkodkan secara terus.
Contoh:
|aDjakaria N. E.
(d) Nama Indonesia diterbalikkan sekiranya menggunakan nama keluarga.
Contoh:
Mohammad Hatta
|aHatta, Mohammad
Idrus Nasir Djajadiningrat
|aDjajadiningrat, Idrus Nasir
Amir Hamzah Nasution
|aNasution, Amir Hamzah
(e) Nama Indonesia yang meletakkan kelayakan professional pada nama masing-masing, contohnya S.E. (untuk Sarjana Ekonomi), S.H. (untuk Sarjana Hukum) dan sebagainya, hanya perlu dinyatakan dalam Tag 245 sahaja.
Contoh:
Judul:Hukum perdata internasional Indonesia
Pengarang:Gouwgioksiong S.H.
100 2# |aGouwgioksiong
245 10 |aHukum perdata internasional Indonesia
|cGouwgioksiong S.H.
Nama Arab
(a) Nama pengarang arab yang bermula dengan ‘al-‘ ditulis dengan huruf besar.
Contoh:
Al-Ghazali
Al-Dzahabi
(b) Nama pengarang yang mempunyai nama keluarga bermula dengan ‘al-’ direkodkan di bawah nama keluarga tersebut dan ‘al-’ ditulis dengan huruf kecil.
Contoh:
Muhammad ibn Ismail al-Bukhari
|aal-Bukhari, Muhammad ibn Ismail
(c) Nama pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga direkodkan seperti berikut.
Contoh:
Abd al-Malik ibn Hisham
|aIbn Hisham, Abd al-Malik
Ali ibn Ahmad ibn Hazm
|aIbn Hazm, Ali ibn Ahmad
Ali Ahmad Abbasi
|aAbbasi, Ali Ahmad
Nama Gelaran
Sekiranya pengarang mempunyai gelaran, letakkan di belakang nama pengarang tersebut menggunakan (|c)
Contoh:
Tan Sri Dato’ Abdullah Sanusi Ahmad
|aAbdullah Sanusi Ahmad|cTan Sri Dato’
Sir Thomas Beecham
|aThomas, Beecham|cSir