1.0 OBJEKTIF
Manual pengkatalogan bahan e-book ini merupakan panduan dan kaedah pengkatalogan bahan-bahan perpustakaan yang berbentuk bahan bukan bercetak. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengkatalog setiap bahan bukan bercetak untuk memenuhi keperluan pengguna perpustakaan dan selari dengan peredaran teknologi masa kini. Terdapat beberapa perbezaan dalam manual ini berbanding dengan manual pengkatalogan untuk bahan bercetak terutamanya dari segi tag yang digunakan untuk membezakan kedua-dua bahan perpustakaan ini.
2.0 SKOP
PTAR menyediakan rekod bibliografik untuk bahan bukan bercetak yang diterima dari pembekal. Rekod dimasukkan di sub-menu Bibliographic Organisation (BO) yang terdapat di dalam modul Cataloging (sistem ILMU).
3.0 PENGENALAN E-BOOK
E-book atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-book ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-book ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.
4.0 KAEDAH PENGKATALOGAN E-BOOK
Mengkatalog e-book adalah sama caranya seperti mengkatalog bahan-bahan perpustakaan yang lain. Cuma terdapat beberapa perbezaan dari segi tag yang digunakan. Di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR), rekod bahan-bahan perpustakaan yang bercetak adalah berasingan dengan rekod bahan-bahan e-book.
5.0 PENGKELASAN DAN PENGKATALOGAN TAJUK PERKARA
Pengkelasan bahan e-book adalah sama seperti bahan-bahan perpustakaan yang lain di dalam modul Cataloging. Ia dirujuk daripada Library of Congress Classification System (LCC) dan National Library of Medicine (NLM). Pengkatalogan tajuk perkara pula dirujuk daripada Library of Congress Subject Headings (LCSH) dan Medical Subject Headings (MeSH).
6.0 TAG UNTUK E-BOOK
6.1. TAG 020 - International Standard Book Number (ISBN)
Bagi tag 020, ia masih sama dengan nombor bahan-bahan perpustakaan yang lain. Bezanya adalah terdapat tambahan perkataan ‘eBook’ di hujung selepas nombor ISBN dan diletakkan di dalam kurungan (eBook). Ia adalah bertujuan untuk membezakan bahan ebook dengan bahan buku perpustakaan yang lain. Contoh :
* Sebelum ini, ia ditulis (electronic bk)., tetapi setelah dikemaskini pada 18 Julai 2011 (Bengkel Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM), ia telah diseragamkan kepada (eBook).
6.2. TAG 090 - Local Control Number
Untuk tag 090, juga masih sama dengan bahan perpustakaan yang lain tetapi ada sedikit penambahan perkataan yang dirapatkan dengan nombor panggilan bahan tersebut. Perkataan ‘eb’ harus diletakkkan selepas tahun bahan tersebut. Contoh :
6.3. TAG 245 - Title Statement
Pada tag 245, ada pertambahan subfields khas untuk bahan e-book. Kod subfields yang digunakan adalah pipe h (|h). Kemudian diikuti dengan perkataan ‘electronic resource’ dalam ‘square bracket’ [ ]. Kod subfields dan perkataan electronic resources perlu diletakkan selepas judul bahan tersebut. Contoh :
Tiada kod subfields untuk pipe b (|b):
Jika terdapat kod subfields pipe b (|b) untuk judul kecil, letakkan kod subfields pipe h (|h) dan perkataan electronic resources sebelumnya.
6.4. TAG 300 (Physical Description)
Tag 300 ini digunakan untuk menerangkan keadaan fizikal sesuatu bahan-bahan perpustakaan kepada pengguna. Ia merangkumi bilangan muka surat, illustrasi, ketinggian bahan dan sebagainya. Bagi bahan e-book, ia ditulis seperti berikut:
6.5. TAG 856 (Electronic Location and Access)
Tag 856 ini adalah tag khas yang digunakan untuk membezakan bahan bercetak dengan bahan bukan bercetak. Tag ini digunakan untuk meletakkan link Uniform Resource Locator (URL) bagi ebook tersebut. Ia adalah untuk memudahkan pengguna untuk terus ke link URL yang disediakan. Amat penting untuk memastikan link URL adalah sama dan tidak berlaku kesilapan atau tertinggal sebarang huruf atau perkataan ketika menyalin atau menaip URL tersebut.
Untuk indicator pertama, yang biasa digunakan adalah ‘4’ bagi mewakili HTTP. (Rujuk MARC 21 Format). Kod subfields yang digunakan adalah pipe u (|u) yang mewakili Uniform Resource Identifier (URL) (Rujuk MARC 21 Format).
Kod subfields yang digunakan adalah pipe z (|z) yang mewakili ‘public note’. (Rujuk MARC 21 Format). PTAR telah menetapkan untuk menggunakan kod subfields ini dengan meletakkan ayat “eBook accessible through the World Wide Web; click to view.” Contoh :
7.0 CONTOH BIBLIOGRAPHIC ORGANISATION (BO) - (ILMU)