Serial

1.0 Pengenalan

Bahan Serial ialah bahan yang diterbitkan secara bersiri, mempunyai keluaran yang berturut-turut dan kronologi yang berterusan dalam tempoh masa yang tidak pasti. (AACR2)

2.0 Kriteria-Kriteria Serial

  • Penerbitan yang mempunyai keluaran atau terbitan berturut-turut

Serial terdiri daripada keluaran yang diterbitkan secara berturut-turut dan berasingan, dimana setiap keluaran berdiri dengan sendiri (contoh: direktori tahunan) atau ianya mengandungi sebahagian naskhah yang akan dikumpul kemudian (contoh: keluaran bulanan penerbitan berkala, dimana 12 keluaran tersebut akan dijilid menjadi satu naskhah.

    • Penerbitan yang mempunyai nombor atau kronologi tertentu

Serial biasanya mempunyai satu kronologi tertentu samada dalam bentuk angka atau tarikh yang diberi kepada sesuatu penerbitan bagi membezakan setiap keluaran. Kronologi tersebut digunakan bagi mengenal pasti setiap keluaran supaya ianya mudah diatur dan didapatkan semula.

    • Penerbitan yang mempunyai sambungan dengan tempoh masa yang tidak pasti

Perbezaan utama di antara serial dan monograf ialah serial mempunyai keluaran yang bersambung dan berterusan dengan tempoh yang tidak pasti manakala monograf pula terhad.

3.0 Jenis-Jenis Serial

    • Penerbitan Berkala

Penerbitan yang keluarannya lebih kerap daripada tahunan, setiap keluaran biasanya mengandungi artikel, cerita atau lain-lain penulisan secara berasingan. Contoh bagi penerbitan berkala adalah seperti majalah.

    • Laporan tahunan atau laporan aktiviti

Terdapat banyak agensi, institusi dan jabatan kerajaan menerbitkan laporan mereka mengikut aturan yang tetap seperti secara tahunan. Laporan-laporan ini biasanya mempunyai mukasurat judul dan disertakan dengan tahun dimana ianya dianggap sebagai serial.

    • Direktori, buku tahunan dan lain-lain sumber rujukan

Kebanyakkan sumber rujukan seperti direktori dan buku tahunan dikatalog sebagai serial kerana ia biasanya diterbitkan secara berterusan bagi memastikan maklumat yang diberikan tepat dan terkini.

    • Surat berita (Newsletters)

Surat berita atau lebih dikenali dengan newsletter atau buletin dikeluarkan oleh badan-badan korporat atau individu tertentu bagi memberikan berita tentang sesuatu topik atau aktiviti terkini mereka.

    • Penerbitan Statistik

Bahan penerbitan yang mengandungi statistik yang dikumpul secara tetap dikatalog sebagai serial.

4.0 Sumber Utama Maklumat (Chief Source of Information)

Sumber utama maklumat bagi serial biasanya terdapat di title page.

5.0 SMD (Specific Material Designation)

SMD yang digunakan untuk serial:

Majalah Berjilid (Judul Biasa)

Di Accession File Maintenance:

Item Category = MAJALAH

SMD = SERIAL

Majalah Berjilid (Judul Undang-undang)

Di Accession File Maintenance:

Item Category = MAJALAH

SMD = (C) MAJALAH & JURNAL BERCETAK

Statut, Law Reports & Digests (Berjilid)

Di Accession File Maintenance:

Item Category = RUJUKAN

SMD = (A) STATUT atau (B) LAW REPORT & DIGESTS

6.0 Tag yang digunakan untuk memproses serial

Tag Ind1 Ind2 Fungsi

008 Fixed length data elements

990212c19959999 cau 000f eng

022 0 0 ISSN

|a0003-8725

260 # # Publication, distribution, etc.

|aNew York|bNature Publishing|c1995-

300 # # Physical description

|av.|bill.|c23 cm

310 # # Current publication frequency

|aMonthly

321 # # Former publication frequency (jika ada)

|aBimonthly|b1995-1999

362 0 # Dates of publication and/or sequential designation (first issue)

|aVol. 1, no. 1(Feb. 1995)-

650 # 0 Subject

|aAccounting|vPeriodicals

780 0 0 Preceding entry (jika ada)

|tContinues: Managerial economics journal

785 0 0 Succeeding entry (jika ada)

|tContinued by: Journal of management economics

850 # # Holdings information

|aLib. has: v.20, Jan-Dec(2004); v.21, Jan-Dec(2005)-(judul lama)

|aPTAR v.1 no.1 (Sept. 1963)-(judul baru)

7.0 Penutupan Serial (Closing Serials)

Rekod bibliografi bagi sesuatu bahan serial hanya akan ditutup jika sudah tamat penerbitannya (Ceased Publication). Rekod bibliografi tidak akan ditutup sekiranya bahan tersebut ditamatkan langganannya.

Tag yang perlu ditukar:

Tag 008

Status penerbitan. Tukar status c kepada d (daripada current kepada dead) dan tambahkan tahun terakhir penerbitan.

Contoh:

Rekod Sebelum

008 - 190508c19989999

Rekod selepas

008 - 190508d19982005

Tag 260

Tambahkan tarikh penerbitan terakhir keluaran atau terbitan yang dikeluarkan sekiranya bahan tersebut berada di tangan jika tidak biarkan saja ia terbuka.

Contoh:

260 |c1960-1989

260 |c1960-

Tag 300

Masukkan jumlah keluaran atau penerbitan yang diterbitkan sekiranya tahu dan biarkan ianya terbuka sekiranya tidak tahu.

Contoh:

Bahan diterbitkan bermula dengan v. 5, no. 1 dan berakhir dengan v. 11, no. 1

Gunakan

300 |a7 v.

Bukan

300 |a11 v.

Tag 362

Masukkan nombor penerbitan keluaran yang pertama dan terakhir

Contoh:

362 |aVol. 1, no. 1 (Feb. 1985) – v. 11, no. 3 (Mar. 2008)

Tag 500

Masukkan nombor penerbitan terakhir keluaran

Contoh:

500 |aCeased publication with v. 11, no. 3, published in 2008

Sekiranya tajuk sesuatu bahan telah bertukar, tajuk yang baru itu perlu dikatalog ke dalam rekod yang berasingan (baru) dan tag 785 perlu ditambah pada rekod lama.

Contoh:

245 |aArchitecture in Australia

785 |tArchitecture Australia

Sekiranya penerbit sesuatu bahan serial telah bertukar, masukkan nama penerbit baru di dalam nota (Tag 500)

Contoh:

260 |aNew York|bNature|c1995-

500 |aPublished: New York : Nature, 1995-2001; Boston : McGraw-Hill, 2001-

8.0 Contoh rekod bibliografik bagi serial

Contoh 1:

Item Category : MAJALAH

SMD : SERIAL

SMD (untuk Majalah Undang-Undang) : MAJALAH & JURNAL BERJILID

Perhatian:

Contoh 2: