Pendahuluan
Bahan Undang-undang terdiri daripada bahan-bahan yang berkaitan dengan undang-undang, iaitu meliputi bahan monograf, statut & akta, laporan undang-undang, kes & digest dan jurnal. Kebanyakan lokasi bahan undang-undang adalah di PTAR 2, kerana terdapatnya Fakulti Undang-undang.
Bahan undang-undang diberi nombor kelas yang bermula dengan Kelas K, KD, KF, KPG, KPP, dll. Bahan ini diletakkan SMD (law) di bahagian atas nombor panggilannya dan huruf-huruf tertentu di bawah nombor panggilan mengikut jenis sebagaimana berikut:
Kumpulan A -> Statut dan penerbitan parlimen(Rujukan)
Kumpulan B -> Laporan undang-undang(Law reports and digests)-Rujukan
Kumpulan C -> Jurnal /Majalah berjilid
Kumpulan D -> Buku teks (Rujukan/Pinjaman)