1.0 OBJEKTIF
Manual ini merupakan panduan pengkatalogan deskriptif salah satu bahan kartografik iaitu peta yang terdapat di PTAR. Istilah bahan kartografik ini merangkumi bahan-bahan yang menunjukkan semua atau sebahagian bumi atau ‘celestial body’ iaitu
Peta 2 @ 3 D dan pelan ( termasuk peta tempat2 khayalan, fantasi, aboriginal dan lain-lain
Carta aeronautic, kelautan dan cakerawala
Atlas
Glob
Rajah blok
Sections
Imej ‘remote sensing’ termasuk gambar udara untuk tujuan kartografik
‘Bird’s eye views (map views) dan lain-lain.
2.0 RUJUKAN
Peraturan yang dirujuk adalah AACR2 di berbagai bab mengikut format bahan :
Chapter 2 - Books, phamplets, and printed sheets
Chapter 4 - Manuscript
Chapter 8 - Graphic materials
Chapter 9 - Electronic resource
Chapter 10 - Three-Dimensional artifact and realia
Chapter 11 - Microforms
Chapter 12 - Continuing resources
Selain dari itu ‘Cartographic materials : a manual of interpretation for AACR2 2002 revision’ juga boleh digunakan sebagai rujukan
3.0 SKOP
Manual ini lebih menjurus kepada pengkatalogan deskriptif peta dan atlas. Di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam rekod bibliografik untuk bahan kartografik dimasukkan di sub-menu Bibliographic Organisation yang terdapat di dalam Modul Cataloging.
4.0 KAEDAH-KAEDAH
Cara membuat pengkatalogan deskripsi bahan ini adalah seperti yang terdapat di dalam peraturan AACR2.
Tag-tag MARC21 yang digunakan adalah sama seperti bahan lain. Namun begitu, terdapat beberapa tag yang unik untuk bahan-bahan ini yang tidak digunakan untuk bahan-bahan jenis lain iaitu tag 034 untuk maklumat ’Coded Cartographic Mathematical Data’ dan tag 255 untuk ‘Cartographic Mathematical Data’.
Maklumat matematik ini diberikan dalam bentuk maklumat skil dan kordinat. Skil membandingkan jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas bumi. Maklumat diberikan dalam bentuk pecahan atau nisbah contohnya 1:24, 000 atau dalam bentuk perbandingan linear contohnya 1 in. = 4 batu.
Maklumat skil dimasukkan sebanyak dua kali iaitu di 034 dan di 255. Kedua-dua tag ini adalah ’repeatable’ dan perlu dimasukkan selagi ianya terdapat dalam peta tersebut.
Kordinat merujuk kepada garisan-garisan grid geografi yang digunakan untuk menunjukkan lokasi di atas bumi. Garisan ini dinyatakan sebagai ‘latitude’ dan longitude’. ‘Longitude atau meridians adalah garisan antara kutub utara dan selatan sementara ‘latitude’ atau ‘parallel’ adalah garisan selari dengan khatulistiwa. Kedua-dua jenis garisan diukur dalam darjah, minit dan saat dari satu garis dasar standard. Maklumat ini terdapat di dalam peta.
Selain maklumat skil dan kordinat, tag 255 juga menunjukkan maklumat ‘projection’ peta tersebut. Ianya dinyatakan menggunakan kenyataan yang terdapat di peta tersebut contohnya ‘Mercator proj.’, ‘Lambert conformal conic proj.’ dan sebagainya.
5.0 CONTOH-CONTOH
Diantara tag yang sering digunakan adalah:
008 | 020 | 034 | 040 | 090 | 110 | 245 | 250 | 255 | 260 |300 | 490 | 500 | 650 | 651 | 710
Tagging digunakan adalah sama dengan bahan lain. Senarai terkini tag, indicators dan subfields mengikut format MARC21, boleh dirujuk di laman web Library of Congress di http://www.loc.gov/marc/
Walau bagaimana pun, tag yang khas untuk peta adalah 034 dan 255. Pengkatalogan deskriptif peta juga banyak menggunakan tag 500 untuk menceritakan lebih lanjut kandungan peta tersebut.
Berikut disertakan contoh tag, indicator dan subfield yang digunakan beserta data-data dalam rekod bibliografik peta.
Contoh rekod bibliografik peta di Bibliographic Organisation
Contoh rekod dalam bentuk Linear Display
6.0 PENGKELASAN DAN PENGKATALOGAN PERKARA
Pengkelasan bahan peta ini menggunakan Library of Congress Classification System kelas G. Pengkatalogan perkara pula dilaksanakan dengan merujuk Library of Congress Subject Headings.
Contoh:
Tajuk : Muar
Scale : 1: 500000
Peta : Menunjukkan daerah Muar secara umum
Tahun situasi : 1965
Tahun terbit : 1972
Pembuat : Jabatanarah Negara Malaysia
Call Number : G8034.M83A1 1972|b.M4
Nombor asas
Nombor asas untuk peta Malaysia adalah berpandukan kandungan peta samada sebagai general G8030, by subject G8031, Regions, natural features etc G8032, States G8033, dan Cities and towns G8034.
Contoh:
G8034.M83 - Nombor kelas menunjukkan daerah Muar
Dengan mengikut arahan dalam LC iaitu Cities and towns, etc., A-Z, pustakawan perlu assign nombor cutter untuk kawasan contohnya Muar dengan syarat nombor itu belum digunakan untuk kawasan lain. Nombor dibuat dengan cara menentukan cutter, A-Z kepada nama kawasan tersebut. Secara manual, senaraikan nombor dan nama kawasan ini sebagai satu senarai dalam fail kuasa untuk rujukan akan datang.
Penetapan
Nombor yang ditambah atau dibuat perluasan ini perlu diseragamkan ke seluruh Perpustakaan UiTM. Sila rujuk senarai berikut untuk mengetahui nombor-nombor yang telah diperluaskan oleh para pustakawan di Bahagian Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal, PTAR sehingga April 2010. Cawangan-cawangan yang telah menghasilkan perluasan nombor seperti ini juga perlu memaklumkan kepada semua PUiTM untuk keseragaman.
Nombor-nombor yang telah ditentukan
G8034 .A7 - Arau
G8034 .B33 - Bagan Datok
G8034 .B88 - Batang Tunggang Kiri
G8034 .B35 - Baling
G8034 .B45 - Bekok
G8034 .B37 - Baram
G8034 .B46 - Belaga
G8034 .B34 - Bukit Betong
G8033 .B5 - Bukit Mudin Besar
G8033 .B6 - Bukit Damar (Kedah)
G8034 .B8 - Bukit Tinggi
G8034 .C44 - Chaah
G8034 .D8 - Dungun
G8034 .G6 - Gombak
G8034 .G8 - Gubir
G8034 .G47 - Gerik
G8034 .J45 - Jeli
G8034 .K75 - Kota Tinggi (Johor)
G8034 .K84 - Kuala Lipis
G8034 .L4 - Lenggong
G8034 .L5 - Lintang
G8034 .M3 - Marang
G8034 .M48 - Mersing
G8034 .P36 - Padang Terap
G8034 .S48 - Sepang
G8034 .S56 - Sik
G8034 .S34 - Sungai Besi
G8034 .T5 - Temengur
G8034 .U48 - Ulu Terengganu
Subjek
Peta tersebut mempunya subjek tersendiri. Subjek ini adalah berpandukan kandungan peta tersebut iaitu samada ia menerangkan tentang kawasan pertanian, perladangan , perhutanan dan sebagainya. Jika tiada subjek dapat dikenal pasti, kategorikan sebagai peta umum atau general dan berikan nombor kelas berpandukan kategori tersebut dengan merujuk LCC.
Sila gunakan Table G1 seperti diarahkan oleh Schedule G ini untuk menentukan subjek.
Contoh:
G8034.M83A1 - Nombor kelas menunjukkan daerah Muar secara umum. A1 diambil dari Table G1
Tahun & Skala
Komponen seterusnya adalah maklumat tahun dan skala (scale). Tahun dimasukkan dalam nombor kelas peta berbentuk single. Skala pula digunakan bagi menggantikan tahun untuk bahan peta dalam bentuk set atau volume.
Tahun
Terdapat 3 versi tahun yang berkaitan dengan bahan peta
1.Tahun situasi – tahun di mana maklumat untuk peta itu di ambil, dirakam & difoto. Ianya dimasukkan di 090
2.Tahun dicetak
3.Tahun diterbitkan – gunakan di tag 260 dan 008, 090 TIDAK perlu
Seandainya tahun tidak dinyatakan, maka biarkan ia kosong.
Contoh:
G8034.M83A1 1984 M3 - 1984 adalah tahun situasi
G8034.M83A1 M3 – tiada tahun situasi
Skala
Maklumat skala menggantikan maklumat tahun untuk peta yang didapatkan secara set. Maklumat skala didapatkan dari peta itu sendiri.
PERHATIAN: Skala ini MESTI telah ditukar kepada bentuk nisbah – 1 : 200 000 menggunakan perisian-perisian yang boleh didapati secara online contohnya Scale finder. Ini adalah perlu kerana ada kalanya maklumat skala diberikan dalam bentuk inci, batu, km dsbnya.
Letakkan “s” di ikuti skalanya.
Contoh:
1:20,000 = s20 atau 1:220,500 = s220
*jika lebih dari ratus, buang tiga (3) angka di belakang
1:300 = s03 atau 1:450 = s04
*jika kurang dari ribu, buang dua (2) angka di belakang tambah kosong dihadapan
Nota : Pastikan ada ruang sebelum ’s’ untuk penyeragaman label tulang belakang.
Contoh:
G8034.M83A1 s500
Penanggungjawab
Cutter nama penanggungjawab DUA (2) huruf sahaja
Contoh:
Malaysia = M3
Jepun = J4
Jabatan Pemetaan = J3
Contoh:
G8034.M83A1 s500 M3