Home

PENGENALAN

Pengkatalogan dan pengkelasan merupakan dua proses yang diperlukan dalam penyediaan rekod bibiliografik bahan perpustakaan. Kedua-dua proses ini dilakukan bagi memastikan setiap bahan yang diperolehi di perpustakaan dikelaskan dan diberi nombor panggilan dan perkara mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa untuk kemudahan pengguna mengakses bahan tersebut.

Penetapan atau dasar pengkatalogan dan pengkelasan disediakan bertujuan untuk menyeragamkan aktiviti pengkatalogan dan pengkelasan bahan yang terdapat di Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (PUiTM).

SKOP

Dasar ini sebagai panduan dan sumber rujukan kepada staf PUiTM yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pengkatalogan dan pengkelasan bahan bercetak dan bukan bercetak PUiTM.

OBJEKTIF

    • Menetapkan piawaian dan mengawal kualiti pengkatalogan dan pengkelasan bahan-bahan di perpustakaan UiTM selaras dengan piawaian antarabangsa.

    • Menyeragamkan aktiviti proses dan pengkatalogan bahan yang terdapat di Perpustakaan UiTM.

    • Meningkatkan kualiti rekod Perpustakaan UiTM agar capaian maklumat lebih berkesan untuk pelanggan perpustakaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penghargaan

Bahagian Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyedia dan mengemaskini Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM.

• Puan Mariah Baharudin

• Puan Asmah Maaroff

• Puan Baimah Bujang

• Encik Ariffin Jamaludin

• Puan Noor Hayati Abu Kassim

• Encik Ahmad Amiri Mohamad

• Puan Norhamimi Othman

• Puan Nurhayati Hassan

• Puan Norazlin Mohd Yusof

• Encik Mohd. Izwan Salim

• Puan Zuhaslinda Sulaiman

Jasa dan sumbangan tuan puan amat bermakna dan dihargai.

Semoga penetapan ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada semua staf yang terlibat dalam proses pengkatalogan dan pengkelasan bahan bagi menjamin keseragaman dan kualiti rekod bibliografik PUiTM.

Sekian, terima kasih.