Surat arahan menjadi pusat validasi diterima dan kertas kerja perlu dibuat untuk mendapat kelulusan pengarah bagi melaksanakan program ini.
Sebelum proses validasi bermula, urusetia program perlu dilantik oleh Pengarah untuk memudahkan semua urusan. Surat pelantikan urusetia dikeluarkan dan biasanya semua kakitangan ULPL dan seorang kakitangan USM (Unit Sistem Maklumat) akan dilantik sebagai urusetia. Bilik Validasi dan peralatan multimedia seperti laptop, smart TV dan printer perlu ditempah lebih awal untuk kelancaran program. Makan minum panel validasi juga perlu ditempah berdasarkan pekeliling yang berkuatkuasa. Kenderaan jabatan untuk kegunaan panel juga perlu ditempah. Parking untuk panel juga perlu ditempah melalui unit pembangunan dan pengawal keselamatan.
Pegawai Latihan perlu membuat kumpulan WhatsApp bersama calon dan WhatsApp bersama panel untuk memudahkan urusan validasi.
Pegawai Latihan perlu membuat laporan pelaksanaan program validasi kepada pihak BKPK setelah tamat proses validasi.