Institusi perlu memohon/menyambung lesen penyedia latihan HRDCorp setiap tahun.
Kursus dimohon dari syarikat swasta untuk menghantar staf menjalani kursus. Modul kursus, tempoh kursus dan yuran dirangka sesuai dengan kehendak syarikat. Jika syarikat bersetuju, permohonan dibuat ke HRD Corp untuk kelulusan pelaksanaan kursus berserta implikasi kewangan yang dipohon. Permohonan kursus adalah melalui sistem etris di pautan https://etris.hrdcorp.gov.my/
Apabila mendapat kelulusan dari pihak HRDCorp, kursus dilaksanakan berdasarkan surat persetujuan di antara pihak syarikat, politeknik dan HRDCorp. Kehadiran dan kerja kursus direkod. Prosedur latihan adalah seperti biasa iaitu kelulusan kertas kerja oleh pengarah politeknik, pelantikan jawatankuasa, tempahan kemudahan, penyediaan modul, merekod kehadiran, penilaian serta laporan pelaksanaan.
Apabila tamat kursus, urusetia menghantar laporan dan tuntutan yuran serta perbelanjaan dikemukakan kepada HRDCorp.