Pensyarah perlu meneliti borang dan proses yang perlu dijalani sebelum, semasa dan selepas menjalani LSI
Pensyarah perlu menghantar surat permohonan, resume, senarai tugas dan senarai abiliti serta surat jawapan kepada syarikat bersesuaian yang menawarkan bidang yang ingin ditingkatkan berdasarkan subpecahan kemahiran dalam sistem TiPS . (rujuk garis panduan 2026 ms 14)
Setelah mendapat surat persetujuan dari pihak syarikat LSI, pensyarah perlu memuatnaik dalam sistem TiPS
Ketua Jabatan dan pentadbir sistem perlu menyokong dan mengesahkan serta meluluskan permohonan dalam sistem esis
Penyelia dan Ketua Jabatan menyokong dan meluluskan permohonan pensyarah
Pensyarah perlu melapor diri dan menjalani LSI dalam tempoh sepertimana kandungan surat jawapan syarikat.
Dalam tempoh LSI, pensyarah tertakluk kepada prosedur dan arahan syarikat. Pensyarah perlu menulis laporan aktiviti harian sepanjang menjalani LSI lengkap beserta gambar. Buku log harian boleh dimuat turun dari laman web ciast serta ada juga disertakan dalam buku garis panduan LSI terbitan CIAST. Pensyarah perlu bersedia untuk menerima kunjungan dari pensyarah pelawat dari pihak CIAST dalam tempoh LSI. Pensyarah pelawat akan menemubual pensyarah dan penyelia syarikat serta menyemak dan menandatangai buku log pada hari lawatan.
Pensyarah perlu menghantar laporan akhir LSI dalam masa 5 hari berkerja selepas menjalani LSI. Laporan perlu juga dimuatnaik dalam sistem TiPS dan diemelkan kepada urusetia CIAST.
Pensyarah perlu membuat perkongsian ilmu dengan kehadiran penyelia syarikat , ketua jabatan dan pegawai latihan politeknik. Sewaktu pembentangan ini penyelia dan ketua jabatan memberi markah dan penilaian.
Pensyarah yang menghadiri LSI layak membuat tuntutan kepada CIAST berdasarkan pekeliling yang berkuatkuasa pada masa tersebut.