Iklan permohonan SIP dihebahkan daripada BKPK JPPKK ke Politeknik
Pensyarah yang ingin memohon SIP perlu meneliti garis panduan SIP yang telah diterbitkan oleh BKPK JPPKK
Pensyarah yang ingin memohon SIP perlu mengemukakan surat permohonan ke syarikat yang bersesuaian dengan bidang kepakaran yang diperlukan dan memohon kebenaran dari Ketua Jabatan untuk menjalani SIP.
Setelah syarikat bersetuju menerima pensyarah dan memberikan surat persetujuan, pensyarah perlu memaklumkan ke ULPL institusi masing-masing untuk direkodkan. Institusi juga mengeluarkan surat kepada syarikat dan salinan kepada BKPK
Pensyarah yang ingin memohon SIP perlu memohon tempat SIP dalam sistem esis
Pensyarah perlu melapor diri dan menjalani SIP sepertimana terkandung dalam surat persetujuan dengan syarikat. Sepanjang tempoh SIP, pensyarah tertakluk kepada prosedur syarikat dan juga tatakelola kerajaan. Pensyarah perlu bersedia untuk menerima lawatan dari pensyarah pemantau yang akan menemubual pensyarah dan penyelia serta menyemak buku log SIP.
Setelah tamat SIP, pensyarah perlu menyiapkan laporan teknikal berdasarkan format dalam buku garis panduan SIP serta mendapatkan pengesahan dari penyelia syarikat/firma SIP
Pensyarah yang menghadiri SIP perlu mengadakan pembentangan LISS (Lecturer Industrial's Sharing Session) dengan diadili oleh tiga (3) orang panel iaitu penyelia syarikat, timbalan pengarah serta pensyarah bidang gred 11 (44) ke atas