Perancangan PSH perlu dilakukan pada tahun semasa untuk tahun akan datang. Contoh: perancangan PSH tahun 2025 perlu dilakukan pada tahun 2024. Perancangan PSH perlu mendapat kelulusan Pengarah institusi.
Perancangan terimaan dan belanjaan PSH yang melibatkan akaun amanah juga perlu dilakukan dan dihantar kepada BKPK pada tahun semasa untuk tahun akan datang. Perbelanjaan menggunakan akaun amanah hanya boleh dibelanja berdasarkan item yang diluluskan dalam mesyuarat akaun amanah dan tujuan perbelanjaan akaun amanah adalah untuk meningkatkan terimaan/penjanaan akaun amanah pada masa akan datang.
Kertas kerja disiapkan oleh penyelaras jabatan dihantar ke ULPL untuk semakan penyelaras PSH dan KULPL. Kertas kerja dihantar ke pejabat Pengarah untuk mendapatkan sokongan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Kertas kerja yang telah siap ditandatangani perlu di imbas dan dimuatnaik ke dalam sistem i-ULPL.
Surat jemputan penceramah, surat perlantikan jawatankuasa dan memo jemputan peserta dikeluarkan oleh ULPL dan ditandatangani oleh Pengarah berdasarkan kertas kerja yang telah diluluskan. Semua dokumen perlu diimbas dan dimuatnaik ke sistem i-ULPL
Sebelum kursus bermula, tempahan dewan, susunan kerusi dan peralatan multimedia seperti speaker, microphone dan laptop perlu dilakukan oleh penyelaras kursus.
Sebarang pembelian bahan kursus PSH adalah melalui akaun amanah dan tertakluk kepada prosedur dan pekeliling perbendaharan yang berkuatkuasa.
Untuk bayaran kursus, semua peserta perlu memuat turun aplikasi i-payment untuk urusan pembayaran yuran kursus melalui kod QR pembayaran. Bagi tujuan pembayaran menggunakan i-payment, maklumat perlu dibekalkan kepada unit kewangan untuk tujuan pendaftaran pembayaran di dalam sistem tersebut. Maklumat ini terdapat dalam lampiran kertas kerja kursus. Kod QR untuk kehadiran kursus akan diedarkan kepada semua peserta untuk diimbas pada sesi pagi dan petang.
Peserta perlu mengisi maklumbalas dalam sistem i-ULPL dan seterusnya memuat turun e-sijil penyertaan.
Penyelaras/Urusetia kursus perlu menyediakan laporan pelaksanaan kursus berdasarkan format yang telah ditetapkan dan dimuatnaik ke sistem i-ULPL dalam masa 5 hari bekerja selepas kursus tamat. Sijil penghargaan urusetia dan penceramah boleh dimuat turun selepas laporan dimuat naik ke dalam sistem.