Pendaftaran Kursus KUDAP dilakukan selepas kertas kerja kursus diluluskan oleh Pengarah.
Pendaftaran kursus melibatkan butiran seperti nama kursus, tempat kursus, tarikh mula dan akhir, nama urusetia, tempoh kursus, kos kursus dan sebagainya.
Pendaftaran Kursus KUDAP dilakukan selepas kertas kerja kursus diluluskan oleh Pengarah.
Pendaftaran kursus melibatkan butiran seperti nama kursus, tempat kursus, tarikh mula dan akhir, tempoh kursus dan kos kursus.
Untuk tujuan rekod kehadiran kursus sistem i-ULPL mengeluarkan cetakan kod QR untuk diimbas oleh peserta kursus sewaktu sesi pagi dan petang hari berkursus
Setelah kursus tamat, peserta perlu menjawab maklumbalas kursus dalam sistem i-ULPL
Peserta kursus boleh memuat turun e-sijil dari sistem i-ULPL selepas menjawab maklumbalas kursus
Penyelaras kursus perlu menyiapkan laporan pelaksanaan kursus dan memuatnaik ke sistem i-ULPL. Sijil urusetia boleh dimuat turun setelah laporan pelaksanaan dimuatnaik ke dalam sistem.
Bagi pegawai/kakitangan sokongan yang menghadiri kursus luar institusi, pegawai/kakitangan sokongan perlu memuatnaik bukti kehadiran kursus seperti sijil ke sistem i-ULPL. Pegawai Latihan / KULPL perlu mengesahkan kehadiran kursus untuk diambilkira sebagai latihan pada tahun tersebut.
Sistem i-ULPL juga boleh memaparkan status kehadiran kursus secara individu bagi setiap kakitangan