1. PERATURAN AM
1.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan Persatuan Tarik Tali Malaysia dan Undang-Undang Pertandingan Hari Sukan Negara 2024, KPT.
2. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
2.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan;
2.2 Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar satu pasukan sahaja.
2.3 Kelayakan pemain sila rujuk Peraturan Am.
3. ACARA PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan.
4. PAKAIAN PERTANDINGAN
4.1 Bersesuaian dengan acara Tarik tali.
4.2 Kasut tapak berpaku dan bertumit tidak dibenarkan.
5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tidak lebih dari 10 orang pemain dan seorang pengurus pasukan.
5.2 Hanya 8 orang sahaja dibenarkan mengambil bahagian semasa pertandingan dijalankan, 2 peserta akan menjadi simpanan;
5.3 Setelah pendaftaran pemain dibuat sebarang perubahan atau pertukaran pemain hanya dibenarkan semula sebelum perlawanan pertama.
5.4 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan mengambil bahagian.
5.5 Jawatankuasa pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda, kecederaan atau kemalangan yang mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini diadakan.
6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Sistem pertandingan dua kumpulan akan digunapakai untuk kejohanan ini dengan tiga pasukan dalam satu kumpulan.
6.2 Setiap pasukan akan diundi untuk menentukan kumpulan.
6.3 Semua perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.
6.4 Pemenang setiap kumpulan akan bertanding diperingkat akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
6.5 Pasukan naib johan setiap kumpulan akan bertanding untuk menentukan tempat ke tiga.
7. JENIS TARIKAN
7.1 Tarikan pendek akan digunakan (2 meter)
7.1.1 Sebelum tarikan dijalankann, cara menentukan tempat ialah dengan melambung syiling. Selepas tarikan
pertama, pasukan akan bertukar tempat. Jika tarikan ketiga diperlukan, keadaan tempat pasukan juga akan ditentukan dengan melambung syiling.
8. PEMENANG
8.1 Pemenang bagi setiap pusingan akan ditentukan dari 3 tarikan yang terbaik;
8.2 Jika seri selepas 2 tarikan, pasukan dibenarkan berehat selama 5 minit sebelum tarikan ketiga dimulakan.
9. PENANGGUHAN PERLAWANAN
9.1 Jawatankuasa pertandingan berhak mengubah atau menangguhkan sesuatu perlawanan yang ditetapkan jika perlu dan pasukan yang terbabit akan diberitahu.
9.2 Setiap pasukan yang bermain dikehendaki berada digelanggang 15 minit sebelum masa perlawanan bermula dan sekiranya pasukan berkenaan lewat sampai 15 minit dari masa perlawanannya, maka pengadil rasmi perlawanan berhak memberi kemenangan percuma kepada lawannya.
10. PENGADIL
10.1 Pengadil akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur;
10.2 Segala keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad.
10.3 Sekiranya terdapat pasukan yang didapati duduk (punggung mencecah tanah) semasa tarikan berlangsung, akan dikira dalam kiraan tiga dan seterusnya akan dikira batal.
11. BANTAHAN
Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara dalam Undang-Undang dan Peraturan Am Karnival Sukan KPT 2024.
12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak termaktub di dalam peraturan di atas akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan di mana keputusan mereka adalah muktamad.