A. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1. Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (HSN 2024 @ KPT) (Lampiran 1).
2. Selain daripada syarat dan peraturan yang terkandung dalam Peraturan Am HSN 2024 @ KPT, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).
B. TARIKH, MASA DAN LOKASI PERTANDINGAN
Tarikh : 11 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi : Gelanggang Bola Jaring,
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Presint 5, Putrajaya
C. PENYERTAAN
1. Penyertaan adalah dalam kalangan pegawai dan kakitangan lantikan tetap, pinjaman, kontrak (contract of service), sementara, dan sambilan di Kementerian Pendidikan Tinggi yang ditetapkan mengikut sektor, iaitu:
1.Sektor KSU
1. Pejabat YBM
2. Pejabat YBTM
3. Pejabat KSU
4. Unit Integriti
5. Unit Audit Dalam
6. Unit Undang-undang
7. Unit Komunikasi Korporat
2.Sektor Pengurusan dan Pembangunan
1. Bahagian Akaun
2. Bahagian Kewangan
3. Bahagian Pembangunan
4. Bahagian Khidmat Pengurusan
5. Bahagian Pengurusan Maklumat
6. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
3.Sektor Dasar
1. Bahagian Biasiswa
2. Bahagian Perancangan Strategik
3. Bahagian Dasar dan Penyelidikan
4. Bahagian Antarabangsa
4.Sektor AKEPT
Semua Pusat di bawah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi
5.Sektor JPT
Semua Bahagian di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi
6.Sektor JPPKK
Semua Bahagian di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
2. Tidak ada had kelayakan umur pemain untuk menyertai pertandingan ini.
D. PENDAFTARAN PEMAIN
1. Bilangan
Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan yang terdiri daripada:
(i) Pengurus : 1 orang
(ii) Jurulatih : 1 orang
(iii) Pemain : 12 orang (termasuk simpanan
2. Borang Pendaftaran Pasukan
Pendaftaran pertandingan hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan (Lampiran 2).
3. Borang Pendaftaran Perlawanan
Borang Pendaftaran Perlawanan (Lampiran 3) yang mengandungi senarai nama dan kedudukan pemain hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan 30 minit sebelum perlawanan bermula.
E. FORMAT PERMAINAN
1. Pusingan pertama perlawanan dijalankan secara liga dalam kumpulan mengikut pecahan kumpulan yang ditentukan melalui kaedah undian ketika taklimat penyelaras pasukan dilaksanakan. Pembahagian kumpulan dan carta keputusan pertandingan adalah seperti jadual dalam Lampiran 4.
2. Pusingan seterusnya dijalankan secara kalah mati seperti carta dalam Lampiran 5.
3. Cara pemberian mata di pusingan pertama adalah seperti yang berikut:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
4. Setiap pemain hendaklah memakai bib yang menunjukkan posisi pemain sepanjang perlawanan berlangsung, iaitu:
GS - Penjaring Gol (Goal Shooter)
GA - Penyerang Gol (Goal Attack)
WA - Penyerang Sayap (Wing Attack)
C - Pemain Tengah (Centre)
WD - Pengadang Sayap (Wing Defence)
GD - Pengadang Gol (Goal Defence)
GK - Penjaga Gol (Goal Keeper)
5. Masa bermain bagi pusingan awal, separuh akhir dan akhir adalah 5-1-5 atau 5 minit (permainan) x 1 minit (rehat) x 5 minit (permainan) menjadikan jumlah masa bermain untuk satu-satu perlawanan ialah 11 minit.
6. Pasukan hendaklah bertukar kawasan gol selepas separuh masa permainan.
F. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
1. Di peringkat pusingan pertama, pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.
2. Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira menang, iaitu jumlah jaringan gol ditolak jumlah gol yang kena.
3. Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
4. Di peringkat kalah mati (separuh akhir dan akhir), jika keputusan perlawanan berakhir dengan jaringan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan dengan kaedah berikut:
(i) Pertandingan akan disambung semula setelah berehat tiga minit dengan tambahan masa selama dua (2) x tujuh (5) minit.
(ii) Pasukan akan bertukar kawasan gol dengan hantaran tengah oleh pasukan yang berhak.
(iii) Pertukaran kawasan gol dibuat selepas tujuh minit masa tambahan tamat untuk meneruskan kepada tujuh minit masa tambahan yang berikutnya tanpa rehat.
(iv) Sekiranya berlaku jaringan seri pada akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga salah satu pasukan mendapat dua kelebihan jaringan gol.
G. PERTUKARAN PEMAIN
1. Jumlah Pemain Untuk Memulakan Perlawanan
Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya minimum lima (5) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Pasukan yang mempunyai pemain kurang daripada jumlah minimum tersebut dikira menerima kekalahan dengan kiraan jaringan 15 – 0.
2. Pemain Lewat
Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki permainan yang sedang dijalankan, melainkan setelah memberitahu pengadil dan ketua pasukan lawan. Pemain akan dibenarkan masuk bermain dalam keadaan yang berikut:
(i) Selepas gol dijaringkan. Dalam hal ini pemain hanya boleh bermain untuk posisi yang kosong; atau
(ii) Selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan; atau
(iii) Selepas rehat separuh masa; atau
(iv) Mana-mana keadaan di para G(2)(i) hingga G(2)(iii) di atas yang terdahulu.
3. Kecederaan dan kesakitan
Pemain yang mendapat kecederaan/sakit semasa bermain dibenarkan meminta pemberhentian masa daripada pengadil perlawanan. Hanya Pegawai Penjagaan Utama (Primary Care Personnel) yang dibenarkan masuk ke gelanggang untuk merawat pesakit yang cedera tersebut. Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama, pasukan perubatan yang bertugas di lokasi perlawanan secara automatik bertindak sebagai Pegawai Penjagaan Utama tersebut.
Masa kecederaan hanyalah 30 saat dan pemain yang cedera hendaklah keluar dari gelanggang.
4. Pemain Simpanan
Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dengan pemain simpanan dan boleh bermain semula selepas diganti dalam permainan yang sama.
H. PAKAIAN
1. Setiap pasukan dikehendaki memakai jersi yang seragam sepanjang pertandingan berlangsung.
2. Setiap pemain hendaklah memakai track-bottom yang berwarna seragam. Pemakaian seluar tight (yang ketat di bahagian bawah) dan skirt adalah tidak dibenarkan.
3. Setiap pasukan perlu membawa dua set bib berlainan warna yang tercatat posisi pemain.
I. PERALATAN
1. Bola perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur.
2. Bib perlawanan akan disediakan untuk pasukan yang tidak mempunyai bib.
J. KELEWATAN
1. Masa kelewatan lima (5) minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma, iaitu tiga (3) mata dan jaringan 10 – 0.
K. PERLAWANAN YANG DITUNDA, DITANGGUH ATAU DIBERHENTIKAN
1. Secara prinsipnya, sebarang penundaan, penangguhan atau pemberhentian perlawanan adalah seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 11, Peraturan Am HSN 2024 @ KPT.
2. Walau bagaimanapun, sekiranya pengadil perlawanan berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh faktor cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan lantas menyebabkan sesuatu perlawanan itu tidak dapat diteruskan, maka Jawatankuasa Teknikal HSN 2024 @ KPT hendaklah dengan budi bicaranya menunda, menangguhkan atau memberhentikan perlawanan tersebut.
3. Penetapan tarikh/masa baharu perlawanan yang ditangguhkan, ditunda atau diberhentikan tersebut akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal HSN 2024 @ KPT.
L. BANTAHAN
1. Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis menggunakan bahasa Melayu oleh pengurus pasukan, disahkan oleh Pengurus Pasukan berkenaan dan diserahkan kepada Penyelaras Teknikal Permainan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau mengikut masa yang ditetapkan oleh permainan tersebut.
2. Setiap bantahan hendaklah disertakan wang tunai sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses.
3. Wang cagaran ini akan luput dan menjadi pendapatan penganjur sekiranya bantahan yang dibuat tidak diterima atau ditolak.
4. Sekiranya bantahan diterima oleh Jawatankuasa Bantahan, maka wang cagaran sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) akan dikembalikan manakala RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) secara automatik menjadi yuran pemprosesan.
5. Semua bukti ke atas bantahan perlulah dikemukakan oleh pihak yang membantah atau merayu kepada jawatankuasa yang ditubuhkan.
6. Keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
7. Jawatankuasa Bantahan adalah terdiri daripada:
Pengarah Program HSN 2024 @ KPT - 1 orang
Penyelaras Teknikal - 1 orang
Pengurus Pasukan yang tidak terlibat - 3 orang
dengan bantahan
M. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur HSN 2024 @ KPT dan keputusannya adalah muktamad.