1. NAMA
Pertandingan ini dinamakan HARI SUKAN NEGARA 2024.
2.0 PENGELOLA
2.1 Hari Sukan Negara 2024 ini dikelolakan oleh Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama Kelab Sukan KPT dan Puspanita KPT
2.2 Bagi maksud pengelolaan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertanggungjawab dengan perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti sukan kepada satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh KPT.
2.3 Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa pengelola menerangkan secara lengkap dan jelas peraturan pertandingan Hari Sukan Negara 2024 kepada badan/persatuan sukan yang terlibat dalam pengelolaan Hari Sukan Negara 2024.
3.0 PERATURAN AM
3.1 Semua Kakitangan yang bernaung di bawah KPT layak menyertai Hari Sukan Negara 2024.
3.2 Penyertaan hanya terbuka kepada semua warga ibu pejabat (HQ) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
3.3 Warga KPT akan dibahagian kepada 6 Sektor dan setiap sektor akan diwakili oleh peserta yang akan menyertai aktiviti sukan yang disediakan
3.4 Enam (6) Sektor adalah terdiri daripada:
i. Sektor KSU - (Pejabat YBM, Pejabat YBTM, Pejabat KSU, Unit Integeriti, Unit Audit Dalam, Unit Undang-undang dan Unit Komunikasi Korporat)
ii. Sektor Pengurusan & Pembangunan – (Bahagian Akaun, Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
iii. Sektor Dasar – (Bahagian Biasiswa, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Perancangan Dasar dan Bahagian Antarabangsa)
iv. Sektor AKEPT
v. Sektor JPPKK
vi. Sektor JPT
3.5 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan bagi mewakili bahagian dimana beliau mendaftar sebagai pelajar.
3.6 Tiada had kelayakan umur atlet pada kejohanan ini.
3.7 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang ‘International Table Tennis Federation’ yang berkuatkuasa dan telah diterima oleh Persatuan Ping Pong Malaysia.
3.8 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang- undang asal akan dipatuhi.
3.9 Kejadian di luar jangkaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
i. Sebarang kejadian perkara-perkara bukan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
ii. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berasaskan kepada undang-undang ‘International Table Tennis Federation’ yang berkuatkuasa dan telah diterima oleh Persatuan Ping Pong Malaysia.
iii. Selain daripada peraturan diatas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandinganadalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.
iv. Mematuhi Peraturan Tetap dan Peraturan Am KONVENSYEN KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN JABATAN.
v. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah MUKTAMAD.
4. 0 PENDAFTARAN
4.1 Setiap kontinjen hendaklah mendaftarkan sekurang-kurangnya empat (4) orang TETAPI tidak melebihi enam (6) orang termasuk dua (2) orang pemain wanita
4.2 Seorang (1) pemain hanya dibenarkan mengambil SATU (1) kategori sahaja
4.3 Pendaftaran nama-nama pemain, hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
4.4. Hanya pemain-pemain berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.
4.5. Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan berhak meminta kad pengenalan bagi tujuan pengesahan/pemeriksaan kesahihan pemain pada bila-bila yang difikirkan perlu.
4.6. Kelayakan pemain (peserta) adalah seperti dalam Peraturan Am Perkara 10.
5. 0 ACARA-ACARA
Format susunan acara-acara adalah seperti berikut:
5.1 Bergu lelaki
5.2 Bergu wanita
5.3 Bergu campuran
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Sistem Liga
6.2 Sistem kiraan mata 11 dan jumlah set best of five
6.3 Sekiranya kiraan mata deuce setiap pemain perlu mendapatkan 2 mata terawal pada set tersebut
7.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
7.1 Sistem Liga
MATA / MARKAH
MENANG - 2
KALAH - 0
7.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan kumpulan.
7.3 Jika terdapat HANYA dua (2) pasukan yang mendapat mata yang sama, pasukan yang telah mengalahkan lawannya di peringkat kumpulan akan dikira pemenang.
7.4 Jika lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat mata yang sama, maka tatavara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkirauntuk menentukan pemenang:
i. Bilangan perlawanan (no. of matches) – Nisbah menang dan kalah (the ratio win and loss)
ii. Bilangan permaianan (no. of games) – Nisbah menang dan kalah (the ratio win and loss)
iii. Bilangan mata permaian (no. of points) – Nisbah menang dan kalah (the ratio win and loss)
8.0 MASA PERTANDINGAN
8.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
8.2 Sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit sebelum bermulanya perlawanan tiap-tiap pasukan hendaklah mengemukakan nama pemain kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan menggunakan borang yang telah disediakan.
8.3 Sekiranya pasukan yang bertanding gagal hadir pada masa perlawanan yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama sepuluh (10) minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka KEMENANGAN PERCUMA akan diberikan kepada pasukan lawan yang hadir.
9.0 WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN
9.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di di dalam jadual pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN ATAU JAWATANKUASA PENGELOLA.
10.0 PERATURAN LAIN
10.1 Seseorang pemain yang mengalami kecederaan atau kekejangan urat/otot semasa bermain akan diberi lima (5) minit untuk dipulihkan dengan kebenaran terlebih dahulu daripada Pengadil. Masa tambahan tidak akan dibenarkan lagi bagi kecederaan selanjutnya..
10.2 Pemain dibolehkan minum semasa permainan sedang berlangsung atas kebenaran pengadil sahaja.
10.3 Pemain yang gagal menghadirkan diri ke gelanggang untuk sesuatu acara selepas lima (5) minit panggil pertama dibuat akan dikira tidak bertanding dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pemain lawan yang hadir.
10.4 Setiap pasukan adalah bebas untuk menentukan pemain yang layak bermain asalkan mengikut urutan perlawanan dan senarainya yang diserahkan sebelum perlawanan bermula.
10.5 Tiada pertukaran pemain dibenarkan setelah Borang Pendaftaran Perlawanan diserahkan
11.0 PERALATAN PERTANDINGAN
11.1 Penggunaan bat adalah seperti berikut:-
11.2 Bola ping pong bersaiz 40+mm tiga (3) bintang berwarna putih.
11.3 Getah yang digunakan hendaklah yang diluluskan oleh ITTF.
11.4 Berlainan warna pada ke dua permukaan bat.
11.5 Sebarang getah atau ‘pimple’ yang telah diubahsuai adalah tidak dibenarkan.
10.6 Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan bola semasa pertandingan. Manakala bola untuk latihan tidak akan dibekalkan.
12.0 PAKAIAN
12.1 Pakaian berwarna putih, adalah dilarang kecuali mendapat persetujuan pihak lawan.
12.2 Pemain diwajibkan memakai kasut sukan bertapak getah dan DILARANG memakai selipar atau kasut kulit.
13.0 PENGADIL
13.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik para pegadil / Pegawai Pertandingan yang berkelayakan setelah berunding dengan Pegawai Teknikal yang bertauliah dan tertakluk kepada PERATURAN AM.
13.2 Laporan perlawanan akan dibuat oleh pengadil di dalam borang yang disediakan selepas perlawanan dijalankan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
14.0 DISIPLIN PASUKAN
14.1 Setiap pengurus pasukan dan jurulatih adalah bertanggungjawab menjaga disiplin para pemain. Sekiranya terdapat sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin yang menyebabkan kelancaran perlawanan terganggu, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pasukan tersebut berpandukan kepada laporan pegawai perlawanan dan pengadil perlawanan.
14.2 Lain-lain adalah sebagaimana terkandung didalam Peraturan Am.
15.0 JADUAL PERLAWANAN
15.1 Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan jadual perlawanan mana-mana pasukan tidak dibenarkan meminda mana-mana jadual perlawanan.