PERATURAN PERTANDINGAN
1. Format pertandingan ialah secara KALAH MATI.
2. Setiap perlawanan akan diberi masa selama 15 minit sahaja.
3. Had anggota badan yang boleh dibaling dengan selipar adalah dibawah paras kepala. Jika dengan sengaja membuat balingan ke arah kepala, pengadil berhak mendenda pihak yang membaling dari segi memotong mata perlawanan atau kumpulan tersebut akan disingkirkan daripada permainan tersebut.
4. Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti “Body Contact” atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
1. Bilangan ahli yang akan bermain dalam setiap kumpulan adalah TIGA (3) orang sahaja. Permainan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan pembaling (A) dan satu kumpulan penyerang (B).
Hanya 5 orang sahaja dibenarkan mengambil bahagian semasa pertandingan dijalankan, 2 peserta akan menjadi simpanan;
2. Peralatan yang diperlukan adalah selipar. Tiga selipar akan disusun dengan keadaan berdiri. Kumpulan A akan diberi tiga selipar untuk membaling manakala Kumpulan B akan diberi satu selipar sahaja untuk menyerang.
3. Pemain pertama daripada Kumpulan A akan memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah selipar yang telah disusun.
4. Setiap pemain dalam Kumpulan A hanya dibenarkan membuat tiga balingan sahaja. Jika pemain pertama tidak berjaya menjatuhkan kesemua selipar maka ahli kumpulan seterusnya hingga terakhir boleh cuba untuk menjatuhkan selipar tersebut dengan tiga kali balingan sahaja. Sekiranya semua ahli Kumpulan A gagal menjatuhkan kesemua selipar, maka satu mata akan diberikan kepada Kumpulan B.
5. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan oleh Kumpulan A, Kumpulan B perlu mengawal dan menghalang Kumpulan A daripada menyusun semula selipar dengan membuat balingan selipar dan disasarkan ke arah anggota badan setiap ahli Kumpulan A bagi mematikan pihak lawan.
6. Kumpulan A akan dikira kalah sekiranya semua ahli kumpulan Berjaya dimatikan oleh Kumpulan B. Satu mata akan diberikan kepada Kumpulan B.
7. Manakala, jika Kumpulan A berjaya menyusun semula kesemua selipar sebelum dimatikan oleh Kumpulan B, maka satu mata akan diberikan kepada Kumpulan A.
Permainan akan diteruskan dengan giliran Kumpulan B untuk membaling selipar dan Kumpulan A menyerang dan mematikan Kumpulan B. Permainan akan berterusan sehingga masa perlawanan tamat.
1. 1 mata diperoleh kumpulan penyerang sekirannya semua ahli Kumpulan pembaling gagal menjatuhkan kesemua selipar yang disusun.
2. 1 mata diperoleh kumpulan penyerang sekiranya berjaya mematikan semua ahli Kumpulan pembaling sebelum mereka berjaya menyusun semula kesemua selipar.
3. 1 mata diperoleh kumpulan pembaling sekirannya berjaya menyusun semula kesemua selipar sebelum semua ahli dimatikan oleh pihak penyerang.