1 NAMA
Pertandingan ini dinamakan HARI SUKAN NEGARA 2024.
2 PENGELOLA
2.1 Hari Sukan Negara 2024 ini dikelolakan oleh Kelab KPT dengan kerjasama Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
2.2 Bagi maksud pengelolaan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertanggungjawab dengan perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti sukan kepada satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh KPT.
2.3 Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa pengelola menerangkan secara lengkap dan jelas peraturan pertandingan Hari Sukan Negara 2024 kepada badan/persatuan sukan yang terlibat dalam pengelolaan Hari Sukan Negara 2024.
3.1 Semua Kakitangan yang bernaung di bawah KPT layak menyertai Hari Sukan Negara 2024.
3.1.1 Penyertaan hanya terbuka kepada semua warga ibu pejabat (HQ) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
3.1.2 Warga KPT akan dibahagian kepada 6 Sektor dan setiap sektor akan diwakili oleh peserta yang akan menyertai aktiviti sukan yang disediakan
3.1.3 Enam (6) Sektor adalah terdiri daripada:
i. Sektor KSU - (Pejabat YBM, Pejabat YBTM, Pejabat KSU, Unit HEAD, Unit Integeriti, Unit Audit Dalam, Unit Undang-undang dan Unit Komunikasi Korporat)
ii. Sektor Pengurusan & Pembangunan – (Bahagian Akaun, Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
iii. Sektor Dasar – (Bahagian Biasiswa, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Perancangan Dasar dan Bahagian Antarabangsa)
iv. Sektor AKEPT
v. SektorJPPKK
vi. Sektor JPT
3.1.4 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan bagi mewakili bahagian dimana beliau mendaftar sebagai kakitangan KPT.
3.1.5 Tiada had kelayakan umur atlet pada kejohanan ini.
4 BILANGAN PEGAWAI/ PESERTA
Bilangan pegawai dan peserta adalah mengikut peraturan permainan sukan berkenaan.
5 YURAN PENYERTAAN
5.1 Tiada yuran penyertaan dikenakan
6.1 Pengadil bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi tiap-tiap permainan.
6.2 Referi Kehormat/Ketua Pengadil hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sepanjang pertandingan dijalankan bagi semua permainan yang dipertandingkan.
6.3 Segala keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap keputusan pengadil tidak akan dilayan.
7 PAKAIAN
7.1 Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan dalam undang-undang permainan berkenaan.
8 PERALATAN
8.1 Semua jenis peralatan rasmi permainan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan HSN 2024.
8.2 Semua peralatan dan venue pertandingan akan disediakan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
9.1 Sesuatu pertandingan hanya dapat dijalankan atau diadakan sekiranya terdapat minima 4 pasukan dari pasukan berlainan yang mengambil bahagian.
9.2 Sistem pertandingan akan dijalankan secara Liga dan/atau Kalah Mati. Manakala bagi acara individu, pertandingan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat minima 4 penyertaan pasukan berlainan atau mengikut peraturan sukan berkenaan.
9.3 Jika ada penarikan diri setelah majlis undian rasmi, pertandingan akan dijalankan walaupun terdapat penyertaan dibawah minimum 4 pasukan berlainan mengikut ketetapan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan HSN 2024
9.4 Undian Kumpulan dan Jadual Pertandingan.
9.4.1 Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan HSN 2024 dan susunan jadual pertandingan akan dibuat mengikut format yang ditetapkan.
9.4.2 Format bagi sistem liga kumpulan adalah seperti berikut:-
9.5 Pasukan johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak kepusingan seterusnya.
9.6 Undian pusingan kedua akan dijalankan mengikut format yang ditetapkan oleh Jawantankuasa Teknikal dan Pertandingan HSN 2024 dengan mengambil kira johan dan naib johan kumpulan dipisahkan dibahagian atas dan bawah carta kalah mati.
10.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
10.2 Hukuman kepada pasukan yang lewat mengikut jadual yang telah ditetapkan akan mengikut peraturan permainan berkenaan.
11 PENANGGUHAN
11.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
11.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta-merta.
11.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan HSN 2024 hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu.
12 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
12.1 Setiap pasukan/ individu dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki meneruskan permainan walaupun telah layak untuk pusingan seterusnya.
12.2 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat memberi kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera mestilah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
13 BANTAHAN
13.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pengurus pasukan dan disahkan oleh Pengurus Pasukan berkenaan dan diserahkan kepada Penyelaras Teknikal Permainan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau mengikut masa yang ditetapkan oleh permainan tersebut dengan disertakan wang tunai sebanyak Rm500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses.
13.2 Wang cagaran itu akan hilang dan menjadi pendapatan penganjur sekiranya bantahan itu tidak diterima.
13.3 Sekiranya bantahan diterima oleh Jawatankuasa Bantahan maka wang cagaran sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) sahaja akan dikembalikan dan RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) yuran proses.
13.4 Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
13.5 Semua bukti ke atas bantahan perlulah dikemukakan oleh pihak yang membantah atau merayu kepada jawatankuasa yang ditubuhkan.
13.6 Keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
14 JAWATANKUASA BANTAHAN
14.1 Terdiri daripada 3 orang seperti berikut.
14.1.1 Pengarah Program dan Ketua Penyelaras HSN 2024 atau Wakil.
14.1.2 Penyelaras Teknikal Permainan HSN 2024 yang berkenaan.
14.1.3 Tiga (3) orang Pengurus Pasukan permainan berkenaan yang berkecuali.
15 HADIAH
15.1 Hadiah akan disediakan oleh pengelola untuk pemenang-pemenang mengikut setiap permainan.
15.2 Hadiah kemenangan tempat pertama hingga keempat akan disediakan dalam bentuk wang tunai bagi semua acara sukan yang dipertandingkan.
16 DENDA
16.1 Mana-mana pasukan yang mendaftarkan pemain yang tidak layak bermain akan diambil tindakan seperti berikut:
16.1.1 Penyertaan pada kejohanan tersebut akan dibatalkan.
16.1.2 Penyertaan pada tahun berikutnya akan digantung.
16.2 Penarikan diri pasukan selepas majlis undian rasmi dijalankan atau semasa pertandingan berlangsung akan menyebabkan pasukan tersebut digantung penyertaan pada tahun berikutnya bagi acara berkenaan sahaja.
17.1 Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang ditetapkan TIDAK DIBENARKAN semasa taklimat Pengurus Pasukan.
17.2 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.
17.3 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan HSN 2024 dan keputusannya adalah muktamad.