Peraturan Pertandingan
1. Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan terdiri 3 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan.
2. Permainan akan dimainkan dengan 3 game.
3. Setiap peserta diberikan 2 kali balingan bagi setia game.
4. Mata permainan dikira berdasarkan kepada jumlah botol yang berjaya dijatuhkan pada setiap balingan.
5. Peserta tidak dibenarkan melontar terus buah kelapa ke arah botol. Buah kelapa hanya boleh digolekkan sahaja.
6. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah tertinggi jatuhan botol.
7. Sekiranya seri, jumlah jatuhan tertinggi Game 3 akan diambil kira sebagai pemenang.
8. Keputusan pengadil adalah muktamadÂ
Cara bermain
1. Peserta haruslah berada di belakang garisan dan tidak dibenarkan melebihi garisan tersebut semasa menggolekkan buah kelapa.
2. Pemain menggolekkan buah kelapa untuk menjatuhkan botol yang telah disusun.
3. Kemahiran menggolek sahaja dibenarkan.
4. Jika peserta menggunakan kemahiran lain, peserta akan dikira batal dan markah tidak akan dikira
5. Pasukan yang menjatuhkan botol paling banyak akan dikira sebagai pemenang.