Nota: Sumber rujukan adalah dari AM 6 Tatacara Pengurusan Stor melainkan dinyatakan sebaliknya [21]
Definisi Stor
Tempat bagi melaksanakan penerimaan, merekod, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.
Definisi Stok
Stok bermaksud barang-barang belum guna dan perlu disimpan atau untuk digunakan terus bagi tujuan operasi atau penyelenggaraan. Contoh stok: ubat-ubatan, alat perubatan pakai buang (consumable), gas, bahan mudah terbakar.
Di peringkat perolehan dan pengurusan stor sering terdapat kekeliruan oleh pegawai antara stok alat perubatan pakai buang (consumable) dan aset alih.
Aset alih bermaksud bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain. [22]
Bagi menentukan sama ada item berkenaan adalah stok ataupun aset alih, klasifikasi boleh disemak di laman sesawang berikut:
Rajah: Kategori Stor di dalam Fasiliti Kerajaan
NOTA: Penetapan contoh kategori stor di atas sedang dalam semakan oleh Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, KKM hasil cadangan dan teguran dari Kementerian Kewangan Malaysia.
Jadual: Senarai Fungsi Stor
Pegawai stor perlu dilantik selaras dengan keperluan Tatacara Pengurusan Stor. Tugas-tugas Pegawai Stor adalah termasuk:
Mengawal stok dalam Kumpulan A bagi mengelakkan stok disimpan berlebihan.
Menentukan formula yang sesuai untuk meminda paras stok, sekiranya tempoh serahan stok adalah melebihi satu (1) bulan.
Merekodkan penerimaan di dalam Kad Daftar Stok KEW.PS-3
Menyediakan Senarai Stok Bertarikh Luput KEW.PS-6
Menyelia pengeluaran stok mudah terbakar dan bahan kimia
Menyelia kerja-kerja mengendali dan memunggah serta menyemak bungkusan dengan merujuk kepada KEW.PS-9 yang diterima atau dihantar oleh agen penghantaran.
Mengemaskini kuantiti atau nilai pada Baki Akhir di Kad Daftar Stok setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan (sekiranya terdapat pelarasan stok).
Menyedia dan menandatangani Perakuan Ambil Alih KEW.PS-16 dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh mengambil alih stor.
Membuat semakan di Kad Daftar Stok secara seratus peratus (100%) bagi memastikan baki stok adalah sama dengan fizikal stok sebelum menyerahkan tugas kepada Pegawai Stor yang baru dilantik.
Mengemukakan Laporan Pindahan Stok KEW.PS-18 kepada UPA Jabatan (sekiranya ada).
Mengemas kini Kad Daftar Stok atau rekod sistem stor yang digunapakai selepas Sijil Pelupusan dikeluarkan.
Mengisi Sijil Hapus Kita Stok KEW.PS-35
Kawalan Stok adalah bertujuan memastikan stok pada paras keperluan yang sesuai dapat disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan pada setiap masa. Ia dilaksanakan dengan mengambil kira penggunaan ruang simpanan, kos memesan, harga pembelian dan modal yang terlibat. Pengurusan Kawalan Stok meliputi:
Senarai stok dalam pegangan yang mengandungi maklumat-maklumat lengkap mengenai
Nombor kod
Perihal barang
Unit pengukuran
Harga barang
Contoh katalog adalah seperti di bawah:
Rajah: Contoh senarai dalam katalog
Bagi fasiliti yang menggunakan sistem PhIS, senarai tersebut boleh dijana dari sistem.
Senarai item di dalam katalog hanya melibatkan item dalam pegangan/ standard SAHAJA. Item Bukan Standard TIDAK perlu disertakan.
Pembahagian kumpulan stok perlu dilakukan pada setiap permulaan tahun. Ia dilaksanakan dengan membahagikan stok kepada dua kumpulan seperti dibawah berdasarkan perolehan tahun sebelum. Pegawai stor perlu mengawal stok dalam Kumpulan A bagi mengelakkan stok disimpan berlebihan.
Jadual: Kategori Kumpulan Stok
Paras stok adalah jumlah stok yang perlu disimpan pada satu-satu masa oleh semua kategori stor dan ditentukan seperti formula berikut:-
Adalah pengiraan secara tahunan mengikut jumlah nilai stok dan perlu mencapai kadar pusingan stok tahunan sekurang-kurangnya empat (4) kadar pusingan. Stok tidak aktif hendaklah dikaji semula parasnya supaya stok tidak menjadi usang dan tidak bergerak.
Jumlah stok yang perlu disimpan pada satu-satu masa oleh semua kategori stor. Jumlah stok ubat (termasuk vaksin) untuk tempoh penggunaan 1-3 bulan telah dikenalpasti sebagai paras simpanan stok yang optimum. Paras stok yang ditetapkan perlu sentiasa dipatuhi kecuali stok untuk keperluan darurat atau kecemasan seperti antivenom. Cadangan paras simpanan stok yang ideal adalah seperti di bawah. Walau bagaimanapun, paras ini juga perlu mengambil kira kekangan ruangan stor, jumlah peruntukan diterima, bilangan staf bertugas serta kawalan dalaman bagi pergerakan stok.
Jadual: Cadangan Paras Simpanan Stok Ideal
Piagam pelanggan dan Kajian Kepuasan Pelanggan merupakan indikator untuk mengukur paras perkhidmatan sesuatu stor. Stor yang berjaya memenuhi semua pesanan mengikut piagam pelanggan yang ditetapkan adalah stor yang mencapai paras perkhidmatan yang baik. Kajian kepuasan pelanggan pula dapat menyediakan Aanalisa tahap kepuasan pelanggan dan aduan-aduan berkaitan.
Ketua Jabatan hendaklah melantik Pegawai Penerima yang bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa barang-barang yang diterima.
Pegawai Penerima yang dilantik hendaklah memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan bagi pemeriksaan barang yang diterima (bagi barang dengan spesifikasi teknikal).
Contoh Surat Lantikan Pegawai Penerima
Semua barang-barang hendaklah diterima melalui stor dan perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti bagi memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Butiran yang perlu disemak sewaktu penerimaan adalah:
No pesanan kerajaan
Alamat penghantaran
Nama produk
Jenama dan pengilang
Nama dan alamat pembekal
Kuantiti pesanan dan kuantiti diterima
No kelompok produk (nota penghantaran dan fizikal)
Tarikh luput produk
Label arahan suhu penyimpanan produk pada kotak pembungkusan bagi memastikan penghantaran dilakukan mengikut suhu penyimpanan pada label produk
Indikator suhu yang datang bersama dengan produk (jika ada ATAU diwajibkan di dalam syarat kontrak/tender)
Kualiti dan keadaan fizikal produk
Kelulusan bekalan alternatif untuk kontrak dan APPL (jika berkenaan)
Salinan Letter Of Undertaking perlu diberikan sekiranya jangka hayat produk kurang daripada tempoh yang dipersetujui semasa penerimaan (jika berkenaan)
Setiap pegawai penerima harus dilantik secara rasmi dan surat lantikan perlu dikemaskini setiap kali ada perubahan anggota atau Ketua Jabatan (Pengarah Hospital/Pegawai Kesihatan Daerah).
Penerimaan hanya boleh dilakukan oleh pegawai yang dilantik SAHAJA.
Pegawai yang dilantik perlu mahir atau terlatih mengenai semakan spesifikasi/fizikal stok yang diterima bagi memastikan ia sepadan dengan Pesanan Kerajaan yang dikeluarkan.
Pegawai perlu menyemak butiran di dalam dokumen nota serahan/ hantaran (Delivery Order) bagi memastikan barang-barang yang diterima adalah betul
Barang-barang hendaklah diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta merta sebelum disahkan penerimaannya; ATAU
Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta merta maka dokumen penerimaan seperti nota serahan/hantaran atau Shipment Manifest hendaklah dicatatkan “Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji", rujuk contoh seperti di bawah:
Rajah: Contoh Nota Serahan/Penghantaran (Delivery Order)
Bagi penerimaan stok Konsesi yang menggunakan Shipment Manifest seperti di bawah, bilangan karton perlu disemak dan dipastikan sama dengan bilangan yang tertera pada ruangan pada rumusan penghantaran dan perakuan pemandu (rujuk kotak 1 dan 2). Bilangan yang disemak oleh Pegawai Penerima kemudian perlu ditulis pada Perakuan Penerimaan bersama maklumat penerimaan yang lain. (rujuk kotak 3).
Sebarang kekurangan stok diterima selepas proses selesai,
akan dirujuk menggunakan dokumen ini sebagai bukti.
Rajah: Contoh Shipment Manifest dari Syarikat Konsesi
Surat Jaminan Penggantian Semula atau Letter of Undertaking (LOU) adalah dokumen dari pembekal yang perlu diberikan sekiranya jangka hayat produk kurang daripada tempoh yang dipersetujui semasa penerimaan (jika berkenaan).
Melalui surat ini pihak pembekal bersetuju (dengan dokumen rasmi), sekiranya item tidak dapat digunakan/dihabiskan sebelum tarikh luput atau tarikh yang dinyatakan di dalam surat LOU, pihak pembekal bersetuju untuk menggantikan item itu dengan percuma.
Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai di UFL bagi memaklumkan kepada pihak pembekal secara bertulis mengenai kuantiti stok yang perlu digantikan mengikut tempoh yang telah dinyatakan di dalam surat LOU (contoh: 3 bulan sebelum tarikh luput).
Contoh LOU dari pembekal adalah seperti di bawah:
Borang-borang yang digunakan
Borang Terimaan Barang-Barang (BTB) KEW.PS-1: pengesahan penerimaan*
Borang Penolakan Barang-Barang (BPB) KEW.PS-2: penolakan stok jika terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan tidak mematuhi spesifikasi*
*borang-borang ini dijana secara automatik oleh sistem PhIS (sekiranya digunakan).
Barang-barang mudah terbakar atau kimia yang diterima hendaklah dihantar terus ke stor barang-barang mudah terbakar atau kimia untuk disimpan. Pegawai penerima juga perlu memastikan Safety Data Sheet (SDS) diterima bersama bahan kimia yang diperolehi untuk tujuan rujukan keselamatan semasa pengendalian dan penyimpanan bahan kimia tersebut.
Penerimaan stok ubat (racun dan bukan racun), dadah berbahaya dan bahan psikotropik hendaklah mematuhi peraturan penerimaan di bawah:
a) Akta Racun 1952 dan peraturan-peraturannya termasuk Peraturanperaturan Racun (Bahan Psikotriopik) 1989.
b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-peraturannya.
c) Akta Jualan Dadah 1952, Peraturan Jualan Dadah 1997 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
Pemeriksaan semasa penerimaan produk perlu dilakukan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Produk Rangkaian Sejuk di Fasiliti KKM. [25]
Sekiranya produk rangkaian sejuk yang diterima tidak mematuhi kuantiti, suhu, kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan, asingkan, labelkan dan kuarantinkan di bawah keadaan penyimpanan yang tertera pada label produk.
Isikan borang KEW.PS-2 dan hubungi pembekal dengan segera untuk aduan produk dan penggantian.
Perekodan yang tepat adalah amat penting supaya pegawai stor dapat mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan juga untuk mengawal paras stok. Stok yang diterima perlu selesai direkodkan dalam tempoh 14 hari ke dalam sistem IT inventori atau Kad Daftar Stok (KEW.PS-3) (yang mana berkaitan).
Satu Kad Daftar Stok untuk 1 item dan mesti dikemas kini setiap kali transaksi, untuk penerimaan menggunakan pen dakwat merah dan pengeluaran menggunakan pen dakwat hitam/biru
Senarai Daftar Stok (KEW.PS-4) perlu disediakan untuk stok yang mempunyai tarikh luput.
Pindaan atau pemadaman pada rekod tidak dibenarkan. Sekiranya apa-apa pembetulan diperlukan, langkah-langkah berikut perlu dipatuhi: -
Angka asal hendaklah digaris dengan satu garisan sahaja;
Angka yang betul ditulis di bahagian atas angka asal; dan
Pembetulan di tandatangan ringkas oleh Pegawai Stor.
4. PENGECUALIAN PENGGUNAAN REKOD MANUAL KEW.PS. Pengecualian untuk tidak menggunakan rekod manual adalah DIBENARKAN bagi fasiliti yang telah mencapai 100% tahap penggunaan sistem PhIS & CPS versi 2.1 ke atas. Fasiliti tersebut masih tertakluk dengan Arahan Perbendaharaan (AP) & pekeliling-pekeliling berkaitan dengan mengguna pakai modul dalam sistem PhIS & CPS yang telah dibangunkan berdasarkan AP terkini[31] Borang tersebut boleh dijana dari sistem apabila diperlukan sahaja.
Stok hendaklah disenaraikan mengikut nilai pembelian bagi tempoh dua (2) tahun lepas di dalam Borang Penentuan Kumpulan Stok (KEW.PS-5).
Daftar stok hendaklah dikemas kini apabila:
Kumpulan Stok: Setiap 2 Tahun pada setiap awal tahun.
Pergerakan: Aktif/ Tidak Aktif pada setiap awal tahun
Paras Stok: Pada setiap awal tahun
Lokasi Penyimpanan: perubahan lokasi.
Semua jenis stok perlu disimpan dengan baik bagi untuk memastikan stok disimpan di tempat yang sesuai dan selamat, memudahkan pengendalian dan pengeluaran dan mengoptimumkan penggunaan ruang yang sedia ada.
Ruang hendaklah digunakan sepenuhnya mengambil kira faktor keselamatan, kemudahan pengeluaran, verifikasi dan kekemasan stor
Susun atur yang sistematik dan praktikal untuk memastikan pengurusan lancar, selamat, mudah dan menjimatkan masa
Rak-rak yang sesuai digunakan supaya teratur dan kemas
Paras ketinggian maksimum adalah 50cm dari siling
Carta lokasi stok perlu disediakan dan lokasi penyimpanan perlu dikemaskini di dalam sistem inventori yang digunakan untuk memudahkan penyimpanan, pengeluaran dan pemeriksaan.
Letakan Stok Sementara perlu diletakkan tanda pengenalan (temporary) dan tidak memerlukan kod lokasi, bagi:
Stok yang akan dikeluarkan terus kepada pemesan
Stok yang baru diterima belum sempat disusun
Ruang yang terhad disebabkan oleh kuantiti, ukuran dan berat.
Bergantung kepada jenis dan ruang stor yang ada mengikut:
Jenis stok (jenis/bahan kandungan/pembuatannya/fizikalnya)
Mematuhi arahan penyimpanan yang ditetapkan
Kod Lokasi Stok
Amalan penyimpanan stok yang baik adalah termasuk:
Penggunaan ruang secara optimum
Teratur agar tidak menghalang kerja pengendalian stok
Penyusunan secara First Expiry First Out (FEFO) bagi item yang bertarikh luput manakala penyusunan mengikut First In First Out (FIFO) bagi item yang tiada tarikh luput.
Stok tidak disimpan di luar stor
Tempat penyimpanan yang sesuai adalah mengikut produk atau item yang disimpan. Antara ruang penyimpanan yang perlu disediakan: [24]
Bagi produk atau item yang memerlukan pengendalian khas, penerangan pengendalian adalah seperti berikut:
Bertujuan untuk memastikan produk rangkaian sejuk berada di dalam julat yang betul serta unit penyimpanan dan peralatan pemantauan suhu berfungsi dengan baik.
Spesifikasi suhu penyimpanan produk boleh dikenalpasti melalui rujukan kepada risalah maklumat ubat untuk pengguna (RiMUP) atau sisipan bungkusan yang boleh dicapai melalui carian produk berdaftar di laman web QUEST 3+ Product Search
Suhu Bilik
Julat adalah mengikut produk yang disimpan (sama ada 15 hingga 25°C atau 15 hingga 30°C).
Peti Sejuk Farmaseutikal / Top Loading
Julat suhu adalah 2 hingga 8°C.
Peti Sejuk Beku
Julat suhu adalah -25 hingga -15°C.
Ultra Low Temperature Freezer (ULTF)
Julat suhu adalah -90 hingga -60°C.
Peranti pemantauan suhu adalah peranti yang digunakan dalam pemantauan atau perekodan suhu. Berikut adalah contoh peranti pemantauan suhu dan penerangan fungsi bagi setiap satu jenis peranti.
Thermometer Digital Min/Max
Beroperasi menggunakan bateri
Memaparkan suhu semasa, minimum dan maksimum
Terdiri dari 2 komponen: paparan peranti yang boleh diletakkan di bahagian eksternal peti sejuk dan probe suhu yang disambungkan kepada wayar yang panjang bagi membolehkan probe diletakkan di dalam peti sejuk.
Variasi suhu boleh dikesan dengan bacaan suhu minimum dan maksimum
Perlu diset semula selepas bacaan
Bacaan suhu termometer digital yang mempunyai glycol-encased probe adalah lebih baik kerana ia tidak bertindak kepada pendedahan suhu jangka masa singkat, seperti semasa pintu peti sejuk dibuka.
Thermometer Analog Min/Max
Tidak menggunakan bateri
Tiada memori suhu
Majoriti menggunakan merkuri dan berbahaya kepada kesihatan sekiranya termometer rosak.
Penggunaan termometer berasaskan merkuri TIDAK LAGI DISYORKAN PENGGUNAANNYA selaras dengan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 9 Tahun 2016, Langkah Pematuhan Terhadap Konvensyen Minamata: Penggunaan Peralatan Perubatan Tidak Mengandungi Merkuri Di Fasiliti Kesihatan. [59]
Single Use Digital Data Logger
Beroperasi menggunakan bateri
Stand-alone unit
Memantau suhu secara berterusan
Mempunyai penggera yang akan berbunyi apabila suhu berada di luar julat
Multiple Use Digital Data Logger
Suhu direkod menggunakan perisian yang dibekalkan (mengikut jenama)
Data boleh dimuat turun melalui port USB
Sela masa perekodan suhu boleh ditentukan oleh pengguna
Jika suhu melebihi daripada julat suhu ideal, notifikasi akan dihantar kepada pengguna (melalui bunyi penggera atau isyarat lampu LED)
Cold Chain Monitor (CCMs)
Peranti pakai buang
Menggunakan indikator yang sensitif masa-suhu (time-temperature sensitive)
Perubahan warna pada indikator menunjukkan tempoh masa produk terdedah pada suhu tertentu.
Irreversible indicator
Vaccine Vial Monitor (VVM)
Penunjuk visual yang dilekatkan pada vial, ampul atau botol vaksin
Memberi petunjuk tempoh pendedahan produk kepada haba atau suhu persekitaran.
Tidak semua vaksin mempunyai petunjuk ini.
Petunjuk hanya sah (valid) bagi vial, ampul atau botol vaksin berkaitan sahaja.
Irreversible indicator
Freeze Watch / Electronic Freeze Indicator
Indikator suhu elektronik yang menunjukkan paparan yang tidak berbalik (irreversible) apabila terdapat pendedahan kepada suhu pembekuan.
Biasa diletakkan bersama vaksin yang sensitif terhadap pembekuan (freezing).
Irreversible indicator
Thermometer Dial
Peralatan mekanikal yang menggunakan penunjuk logam pada skala bulat untuk menunjuk suhu semasa.
Penggunaan termometer ini tidak lagi disyorkan oleh WHO, kerana alat ini hanya mencatat suhu semasa sahaja
Bacaan perlu direkodkan 2 kali sehari. Waktu yang disyorkan adalah pada jam 8.00 pagi dan 4.00 petang termasuk hujung minggu dan hari kelepasan am. Walau bagaimanapun, ia juga bergantung pada waktu operasi di fasiliti atau unit.
Termometer min/max perlu diset semula (reset) setiap kali setelah bacaan direkodkan.
Carta suhu hendaklah ditandatangani setelah selesai merekodkan suhu.
Sekiranya berlaku suhu di luar julat, penerangan dan tindakan yang diambil perlulah dicatatkan di belakang carta suhu.
Carta suhu perlu disemak dan disahkan oleh penyelia setiap bulan
Carta suhu hendaklah disimpan untuk tujuan semakan dan audit.
Tatacara merekodkan suhu mestilah seragam:
Suhu direkod menggunakan simbol • ;
Suhu direkod menggunakan pen yang betul: Minimum (hijau), Semasa (biru), Maksimum (merah);
Suhu direkod disambung dengan garisan lurus;
Tatacara pembacaan termometer hendaklah dipamerkan sebagai rujukan semua anggota.
Bagi fasiliti yang menggunakan data logger, rekod suhu mestilah dimuat turun, dicetak dan dianalisa serta disahkan setiap bulan oleh Pegawai Yang Menjaga. Walau bagaimanapun, penggunaan data logger TIDAK MENGGANTIKAN keperluan untuk merekodkan suhu 2 kali sehari.
Kaedah catatan pada carta suhu adalah seperti di bawah:
Ketua Jabatan hendaklah melantik Pegawai Pelulus Pengeluar Stok secara bertulis. Pegawai Pelulus bertanggungjawab:
Menyemak keperluan sebenar pengguna berdasarkan corak pesanan terdahulu.
Memastikan pengeluaran stok tidak melebihi keperluan pengguna.
Meluluskan pengeluaran stok.
Pengeluaran stok hendaklah mengikut sistem
First In, First Out (FIFO), atau
First Expired, First Out (FEFO)
Semua permohonan stok hendaklah dibuat secara:
Atas talian menggunakan KEW.PS-7 melalui sistem PhIS & CPS (atau mana-mana sistem inventori berkomputer yang ditetapkan PTJ) bagi unit yang terlibat dengan sistem inventori tersebut [29].
Manual menggunakan borang KEW.PS-7 bagi unit/fasiliti TANPA sistem inventori berkaitan.
Jadual pembekalan barang perlu diwujudkan bagi setiap stor untuk memastikan pengeluaran stok dapat dibuat secara berkala dan teratur.
Jadual: Piagam Pelanggan Unit Farmasi Logistik [30]
Menerima pesanan dari pegawai pemesan melalui sistem PhIS & CPS atau mana-mana sistem inventori berkomputer yang ditetapkan PTJ, atau secara manual menggunakan borang permohonan stok KEW.PS-7 (jika unit pemesan tidak menggunakan PhIS atau CPS)
Menyemak pesanan yang diterima dan baki kuantiti stok yang dipesan di stor
Meluluskan pengeluaran mengikut kuantiti stok yang sedia ada di stor berdasarkan kaedah FEFO/FIFO dan mencetak nota keluaran daripada PhIS & CPS.
Merekod butir pengeluaran stok dan mengeluarkan stok fizikal mengikut nombor kelompok dan tarikh luput yang diluluskan.
Tandatangan, cop nama dan jawatan pegawai stor serta tulis tarikh pengeluaran stok fizikal di bahagian simpanan pada borang KEW.PS-7
Proses pengeluaran ubat psikotropik secara am-nya adalah sama dengan pengeluaran item lain. Walau bagaimanapun, pengeluaran tersebut turut mewajibkan perkara berikut:
Pengeluaran hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Farmasi SAHAJA.
Rekod transaksi seperti yang diwajibkan oleh akta berkaitan perlu disediakan dan direkod.
Pemeriksaan stok hendaklah dilaksanakan di Stor Pusat dan Stor Utama dan Stor Unit. Ketua Jabatan hendaklah melantik pegawai-pegawai yang tidak terlibat dengan stor yang diperiksa. Pemeriksaan yang dijalankan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:-
Pemeriksaan dilaksanakan sekali (1) setahun ke atas semua stok secara seratus peratus (100%).
Semasa pemeriksaan dilaksanakan, tiada sebarang transaksi dibenarkan kecuali dengan kebenaran Pegawai Pemeriksa.
Stok yang diperiksa hendaklah disenaraikan di dalam format laporan yang ditetapkan.
Mengambil tindakan ke atas laporan hasil pemeriksaan stok.
Objektif pemeriksaan dan verifikasi stor adalah seperti berikut:-
Memastikan ketepatan rekod dan fizikal stok.
Memastikan pelarasan stok diambil tindakan.
Memastikan stok usang atau tidak boleh guna atau rosak atau tidak bergerak atau hampir luput tempoh penggunaan diambil tindakan.
Memastikan kehilangan stok diambil tindakan hapus kira.
Pengiraan stok
Pengiraan stok hendaklah dilaksanakan di Stor Pusat, Stor Utama dan Stor Unit secara terus menerus sepanjang tahun oleh Pegawai Stor [29].
Pemeriksaan Stor
Terbahagi kepada pemeriksaan Stor Pusat/Stor Utama dan Stor Unit (Merujuk kepada senarai semak Pemeriksaan Stor Unit)
Pemeriksaan stok di Stor Unit dan Stor Utama hendaklah dilaksanakan sekali (1) setahun ke atas semua stok secara 100% sebagaimana yang disenaraikan dalam katalog Stor Unit tersebut bagi memastikan kawalan stok dan simpanan stok dalam keadaan baik.
Pemeriksaan stok di stor utama dilaksanakan ke atas 100% stok sebelum verifikasi stor dijalankan.
Verifikasi Stor
Dilaksanakan mengikut program/ jadual yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Aset di Stor Pusat dan Stor Utama setahun sekali dalam tahun semasa bermula 1 Oktober dan berakhir pada 31 Disember.
Tujuan utama adalah bagi mengesahkan ketepatan rekod-rekod dan stok secara 100% bagi menentukan jumlah stok fizikal adalah selaras dengan baki di Kad Kawalan Stok dan rekod PhIS.
Jadual: Jenis-jenis Pemeriksaan Stok yang Wujud di UFL
Pelarasan stok boleh dilaksanakan apabila:
Terdapat kesilapan merekod sama ada kuantiti atau nilai pada KEW.PS-3; atau
Stok kurang atau susut disebabkan dipotong, ditimbang, dibancuh, bocor, sejat atau seumpamanya.
Stok hendaklah disenaraikan di dalam Borang Pelarasan Stok (KEW.PS-15) seperti di Lampiran dan dikemukakan untuk kelulusan Ketua Jabatan (SAHAJA) bagi pengemaskinian kuantiti atau nilai pada baki akhir di KEW.PS-3.
Pelarasan stok (Stock Adjustment) di dalam sistem PhIS juga perlu mendapat kelulusan Ketua Jabatan (secara bertulis) sebelum dilaksanakan di dalam sistem PhIS
Apabila berlaku pertukaran di antara Pegawai Stor tindakan berikut hendaklah diambil:
Menyediakan Perakuan Ambil Alih (KEW.PS-16) dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh mengambil alih stor.
Membuat semakan di KEW.PS-3 secara seratus peratus (100%) bagi memastikan baki stok adalah sama dengan fizikal stok.
KEW.PS-16 hendaklah disediakan dan ditandatangani oleh kedua-dua pegawai berkenaan dengan disahkan oleh Ketua Jabatan.
Pegawai Stor yang mengambil alih tugas stor hendaklah melakukan tindakan pelarasan stok jika terdapat stok lebih atau kurang.
Pelupusan stok ialah proses untuk membatalkan rekod bagi stok yang rosak atau luput tempoh penggunaan.
Memastikan agensi Kerajaan tidak menyimpan stok yang rosak atau luput tempoh penggunaan.
Menjimatkan ruang simpanan.
Memastikan kaedah pelupusan yang dipilih bersifat mesra alam dan lestari.
Stok boleh dilupuskan berdasarkan justifikasi berikut:-
Usang;
Rosak dan tidak boleh digunakan;
Luput tempoh penggunaan;
Tidak lagi diperlukan oleh Jabatan;
Perubahan teknologi; dan
Melebihi keperluan.
Quality Assurance Program (QAP 3) : Percentage of Value of Stock Disposed to Value of Stock Handled
Laporan Pelupusan Stok Suku Tahun
Kehilangan dan hapus kira ialah proses untuk membatalkan rekod bagi stok yang hilang disebabkan oleh:
Kecurian
Kebakaran
Kemalangan
Bencana alam
Kesusutan
Penipuan
Kecuaian pegawai
Menyelaras rekod stok.
Mengawal kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan akibat kehilangan stok.
Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan stok kerajaan.
Membolehkan tindakan surcaj dan tatatertib dikenakan ke atas kecuaian pegawai.
Pengecualian untuk tidak menggunakan rekod manual/borang KEW.PS adalah DIBENARKAN bagi fasiliti yang telah mencapai 100% tahap penggunaan sistem PhIS & CPS versi 2.1 ke atas. Fasiliti tersebut masih tertakluk dengan Arahan Perbendaharaan & Pekeliling -pekeliling berkaitan dengan mengguna pakai modul dalam sistem PhIS & CPS yang telah dibangunkan berdasarkan AP terkini.[31] Borang tersebut boleh dijana dari sistem apabila diperlukan sahaja.