BEGINNER
MENGENAI MODUL INI
PENGENALAN
Pengurusan Farmasi Logistik perlu dilakukan dengan cekap dan teratur untuk memastikan bekalan perubatan sentiasa mencukupi dan mengelakkan pembaziran. Selain itu, ianya juga dapat menjamin kualiti bekalan perubatan yang diperoleh seterusnya dapat memenuhi kehendak pelanggan. Hal ini perlu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur kewangan dan perolehan kerajaan yang berkuatkuasa.
Modul latihan ini diwujudkan untuk memastikan asas-asas kewangan dalam perolehan kerajaan dan tatacara pengurusan stor dapat difahami dan dilaksanakan. Ianya boleh dijadikan rujukan pantas untuk pegawai tanpa sebarang pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan farmasi logistik. Pegawai dinasihatkan untuk sentiasa melengkapkan ilmu pengetahuan berkaitan logistik dengan merujuk garis panduan, pekeliling dan peraturan semasa yang berkuat kuasa seperti di bawah:
Garis Panduan Pengurusan Farmasi Logistik Di Kementerian Kesihatan Malaysia
Arahan Perbendaharaan (AP)
Pengurusan Belanjawan (PB), Pekeliling Perbendaharaan
Perolehan Kerajaan (PK), Pekeliling Perbendaharaan
Pengurusan Wang Awam (WP), Pekeliling Perbendaharaan
Pengurusan Aset (AM), Pekeliling Perbendaharaan
Tadbir Urus Kewangan (PS), Pekeliling Perbendaharaan
Surat Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa
Guideline On Good Distribution Practice, National Pharmaceutical Regulatory Division
Ini merupakan modul pertama dari 3 peringkat modul yang disediakan mengikut keperluan pengajaran dan tugas hakiki pelajar modul (Beginner, Intermediate dan Advance)
OBJEKTIF
Peserta memahami asas kewangan dalam perolehan kerajaan (farmasi).
Peserta memahami Tatacara Pengurusan Stor.
Peserta memahami fungsi asas PhIS yang melibatkan inventori.
KUMPULAN SASARAN
Pegawai Farmasi TANPA pengalaman dalam pengurusan logistik.
Pegawai Farmasi yang dilantik menjadi y/m Stor Unit ATAU y/m Farmasi Klinik Kesihatan
Pegawai Farmasi Provisional (PRP).
Penolong Pegawai Farmasi TANPA tanpa pengalaman dalam pengurusan logistik.
KAEDAH PEMBELAJARAN
A) Pembelajaran Berkumpulan
Boleh dianjurkan secara taklimat oleh negeri/PKD/fasiliti/unit.
Tuntutan mata CPD akan diuruskan oleh penganjur.
Bersama ini dikongsikan soalan Pre & Post Test untuk kegunaan penganjur.
B) Pembelajaran Kendiri
Anggota boleh melaksanakan pembelajaran secara kendiri mengikut submodul tanpa pengajar mengikut rentak pembelajaran sendiri.
Anggota boleh menuntut 1 mata CPD di bawah kategori A7 setelah selesai menjawab soalan kuiz di akhir setiap submodul dengan pencapaian markah 100% mengikut submodul.
*mata CPD hanya boleh dituntut SEKALI SAHAJA bagi setiap submodul tanpa mengira kaedah pembelajaran yang diikuti.
SUBMODUL