Seperti Konsesi Perkhidmatan Logistik Bekalan Perubatan, Kontrak Pusat juga mempunyai kenaan penalti tertakluk kepada klausa yang dinyatakan di dalam Perjanjian Kontrak yang berkaitan. Antara klausa di bawah Kontrak Pusat bagi kenaan penalti ini adalah termasuk:
Klausa : Bekalan Rosak, Rendah Mutu, Tidak Berkualiti, Cacat, Bermasalah, Tidak Mengikut Pesanan atau Tidak Menepati Spesifikasi
Klausa : Barang-barang Terlewat atau Gagal Diserahkan
Penerangan mengenai penalti di bawah Kontrak Pusat ini akan diterangkan lebih lanjut di dalam modul intermediate.
Perjanjian Konsesi Perkhidmatan Logistik Bekalan Perubatan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di antara KKM sebagai wakil Kerajaan Malaysia & Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. (PLSB) telah berkuatkuasa dari 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2030 [13], dan kontrak perjanjian telah ditandatangani pada 3 Januari 2024 [14], yang juga dikenali sebagi Tarikh Pelaksanaan (Execution Date)
Perjanjian Konsesi Makmal Ubat dan Stor (MUS), KKM adalah selama 10 tahun bermula 1 Disember 2009 – 30 November 2019. [15]
Tempoh Interim Pertama bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2021. [16]
Lanjutan Tempoh Interim Kali Pertama bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. [17]
Lanjutan Tempoh Interim Kali Ke-2 bermula 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2023. [18]
Rajah 3: Klausa 13.2 berkaitan Penalti dalam Perjanjian Konsesi [14]
Tuntutan boleh dikenakan kepada syarikat konsesi apabila terdapat pelanggaran kepada Performance Standard yang telah dinyatakan di dalam Appendices C1 hingga C5 perjanjian konsesi [19].
Jadual: Senarai Performance Standard Konsesi Logistik [19]
Merujuk kepada klausa 21.2.2, tuntutan penalti hanya boleh dikenakan ke atas pesanan yang dikeluarkan selepas Tarikh Pelaksanaan (Execution Date), iaitu 3 Januari 2024 [14].
Tatacara permohonan penalti ini telah dinyatakan secara jelas melalui surat dari TKSU (Kewangan) KKM bertarikh 27 Jun 2024, seperti di bawah:[20]
Tuntutan penalti mestilah dimaklumkan dalam bentuk notifikasi bertulis (surat/emel dll.) oleh fasiliti kepada syarikat konsesi.
Syarikat konsesi wajib menghantar maklum balas secara bertulis dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh notifikasi diterima; sama ada pihak syarikat bersetuju atau tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut. Jika tiada sebarang jawapan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan di atas, pihak syarikat DIANGGAP BERSETUJU dengan tuntutan tersebut.
Sekiranya kedua-dua pihak fasiliti dan syarikat konsesi tidak dapat mencapai persetujuan dengan tuntutan penalti tersebut, ia perlu dibawa kepada Concession Management Committee (CMC) untuk diputuskan.
Sehingga pertikaian tuntutan penalti itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Konsesi/Concession Management Committee (CMC), pihak fasiliti TIADA HAK untuk:
Menahan sebarang pembayaran bagi pembekalan yang telah dibuat.
Menolak bayaran (set-off) nilai amaun tuntutan penalti tersebut dari mana-mana jumlah perlu dibayar kepada syarikat konsesi.
Meminta syarikat konsesi untuk membuat pembayaran bagi tuntutan penalti yang sedang dalam pertikaian tersebut.
Pihak syarikat konsesi perlu membuat pembayaran dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Pengurusan Konsesi/Concession Management Committee (CMC) bagi sebarang pertikaian penalti.
Sekiranya syarikat konsesi gagal membuat pembayaran seperti yang dinyatakan dalam langkah (5), pihak Kerajaan melalui PSC berhak memotong amaun tersebut dari mana-mana baucer bayaran yang masih belum selesai kepada syarikat konsesi (set-off).
NOTA: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Konsesi/Concession Management Committee (CMC) akan diadakan secara berkala mengikut keperluan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU KKM)/wakil.
Berikut merupakan cara pengiraan penalti Konsesi APPL bagi kes tuntutan yang sering terjadi:
Tempoh penghantaran bagi item konsesi APPL adalah seperti berikut:
7 hari bekerja dari tarikh Pesanan Kerajaan, untuk Public Sector Customer (PSC) di Semenanjung Malaysia
10 hari bekerja dari tarikh Pesanan Kerajaan, untuk Public Sector Customer (PSC) di Sabah dan Sarawak
Rajah: Contoh Situasi bagi Pengiraan Penalti PS1.1
Setiap penghantaran perlulah dilakukan dan habis dipunggah dalam masa waktu bekerja diantara jam 8.00am hingga 5.00pm tidak termasuk waktu rehat dan waktu solat Jumaat.
Maklumat masa yang dinyatakan dalam tuntutan penalti hendaklah SELARAS dengan catatan masa dalam nota penghantaran semasa penerimaan
RM500.00 bagi setiap insiden
Penghantaran tidak mengikut alamat penghantaran pada pesanan kerajaan
Penalti RM500.00 dikenakan untuk insiden tersebut kerana barang dihantar pada alamat yang salah.
RM500.00 bagi setiap insiden
Kuantiti produk dibekalkan tidak boleh melebihi kuantiti dalam Pesanan Kerajaan (LPO)
Penalti dikenakan hanya sekiranya kuantiti yang dihantar melebihi kuantiti di dalam Pesanan Kerajaan/LPO
RM500.00 bagi setiap insiden
Invois mesti dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengesahan penerimaan dalam sistem ePerolehan
Nilai penalti adalah RM50.00 sehari bagi setiap hari lewat.
Syarikat Konsesi hendaklah menggantikan produk yang dipanggil balik berkaitan dalam tempoh 24 jam selepas PSC membuat pengesahan secara bertulis kepada Syarikat Konsesi mengenai kuantiti produk yang terlibat.
Sekiranya penggantian tidak dapat dibuat dalam masa 24 jam, Kerajaan boleh mengikut budi bicaranya memanjangkan masa untuk penggantian secara case-to-case basis.