Permohonan ulangan ialah permohonan untuk mendapatkan bekalan susulan ubat yang telah diluluskan sebelumnya. Secara amnya, perincian permohonan ulangan (e.g., kekuatan ubat, sumber peruntukan dan lain-lain) adalah sama seperti pemohonan asal.
Permohonan ulangan untuk ubat berdaftar akan diproses di fasiliti masing-masing namun perlu berdasarkan penilaian terperinci dengan mengambil kira semua aspek yang berkaitan termasuk, antara lain, respon pesakit terhadap rawatan, impak kewangan dan sebagainya (rujuk Lampiran 4, 6, 7 dan Carta Alir 2).
Sekiranya terdapat permohonan susulan (named-patient) di mana terdapat perubahan hanya pada sumber peruntukan, permohonan ini masih boleh diproses sebagai permohonan ulangan di peringkat fasiliti KECUALI bagi permohonan asal yang melibatkan ubat sampel. Permohonan susulan selepas tempoh tawaran ubat sampel tamat perlu dikemukakan sebagai permohonan baru kepada Seksyen Ubat Khas, Cawangan Pengurusan Formulari, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM untuk diproses.
Permohonan ulangan bagi ubat tidak berdaftar perlu dihantar kepada Seksyen Ubat Khas, Cawangan Pengurusan Formulari, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM untuk diproses (rujuk Lampiran 2, 3, 4, 7 dan Carta Alir 3).
Laporan kelulusan permohonan ulangan (ubat berdaftar) hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM setiap 6 bulan melalui JKN / Institusi masing-masing (rujuk Lampiran 8 dan 9).