Dikemaskini pada September 2025
Skop Garis Panduan - kemaskini skop
Kriteria & Justifikasi Permohonan Ubat Kelulusan Khas - kemaskini kriteria
Ubat Sampel & Patient Assisted Programme (Special Approval) (PAPSA) - maklumat tambahan mengenai PAPSA
"Semua permohonan UKK secara stok perlu dimohon oleh pakar / doktor yang merawat / bertanggungjawab di fasiliti berkaitan"
"Sekiranya terdapat permohonan UKK bagi pesakit yang memerlukan ubat dengan segera, fasiliti perlu memastikan:
a) justifikasi keperluan permohonan diproses dengan segera adalah kukuh (contoh: pesakit kritikal, pesara persekutuan dan veteran berpencen)
b) bagi permohonan ulangan ubat tidak berdaftar, permit import telah dipulangkan ke PPF.
c) pemakluman kepada Sekretariat Seksyen Ubat Khas, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM hendaklah dikemukakan melalui e-mel: (seksyenubatkhas@moh.gov.my) atau dengan melengkapkan maklumat di pautan ini. "
Permohonan Ulangan - "Sekiranya terdapat permohonan susulan (named-patient) di mana terdapat perubahan hanya pada sumber peruntukan, permohonan ini masih boleh diproses sebagai permohonan ulangan di peringkat fasiliti KECUALI bagi permohonan asal yang melibatkan ubat sampel. Permohonan susulan bagi ubat sampel perlu dikemukakan sebagai permohonan baru kepada Seksyen Ubat Khas, Cawangan Pengurusan Formulari, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM untuk diproses."