GARIS PANDUAN PERMOHONAN
UBAT KELULUSAN KHAS
Panduan ini HANYA tersedia di platform dalam talian bagi memastikan pengguna menerima maklumat yang terkini
Panduan ini bertujuan sebagai rujukan kepada anggota penjagaan kesihatan di semua hospital, klinik dan institusi Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan Permohonan Ubat Kelulusan Khas (UKK).
Garis Panduan Permohonan Ubat Kelulusan Khas (UKK) ini adalah edisi terkini bagi menggantikan Garis Panduan Permohonan Memperolehi dan Menggunakan Ubat-Ubatan Yang Memerlukan Kelulusan Khas (KPK) / Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (Edisi Pertama) yang diterbitkan pada tahun 2016.
HAKCIPTA TERPELIHARA
Garis panduan ini diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tiada bahagian daripada laman sesawang ini, termasuk teks, imej, dan media, boleh dicetak atau diedarkan dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta. Walau bagaimanapun, penggunaan mana-mana maklumat di dalam garis panduan ini dibenarkan dengan syarat pengakuan hak cipta dimasukkan dan maklumat digunakan dalam konteks yang sesuai, tidak berubah atau mengelirukan pembaca.
No. siri KKM: MOH/F/FAR/114.24(GU)-e
No. daftar dokumen.: A-GU-11/2