PENYERAHAN BAP JAN'2023
SEKOLAH KEBANGSAAN KARAKIT BANGGI KUDAT. SABAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KARAKIT BANGGI KUDAT. SABAH
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya. Jika pada tahun-tahun sebelumnya, bantuan ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM 3,000.00 di bawah. Pada Tahun 2023 ini, semua murid tidak kira jumlah pendapatan diberikan dan layak menerima BAP.
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Pada 26 Januari 2023, SK. Karakit telah melaksanakan pemberian 'BAP' kepada ibu bapa atau penjaga. Seramai 272 orang murid layak menerima bantuan yang diberikan. Ibu bapa datang seawal Jam 2.00 untuk berbaris di tempat (kelas) masing-masing. Ibu bapa yang tidak dapat datang diwakili oleh saudara terdekat dengan mengisi surat wakil sebelum masuk ke tempat masing-masing. Berikut merupakan beberapa dokumentasi persediaan dan masa pemberian BAP kepada ibu bapa atau penjaga.
In Frame : Guru Besar (En. Amir Hamzah) memberikan wang BAP kepada PKHEM (En. Hanipah Toha).
In. Frame : Sesi pengagihan wang BAP kepada semua guru kelas mengikut jumlah murid.
In. Frame :
Guru BAP (Ustazah Siti Hajar Norbayah) memberikan wang BAP kepada guru kelas Tahun 3A (Ustazah Aidah)
In. Frame :
Guru BAP (Ustazah Siti Hajar Norbayah) memberikan wang BAP kepada guru kelas Tahun 6A (Cikgu Hastia Hasaat)
In. Frame :
Guru BAP (Ustazah Siti Hajar Norbayah) memberikan wang BAP kepada guru kelas Tahun 3A (Ustazah Amirah)
In. Frame :
Guru kelas Tahun 2A dan 3A sedang mengagihkan wang BAP mengikut jumlah murid.
In Frame :
Kaunter 4 : Pemberian 'BAP' untuk kelas Tahun 6A & 6B
Guru Kelas : Cikgu Hastia Hasaat
In Frame :
Kaunter 5 : Pemberian 'BAP' untuk kelas Tahun 5A & 5B
Guru Kelas : Cikgu Norshidah
Pembantu Guru :Cikgu Nora
In Frame :
Kaunter 2 : Pemberian 'BAP' untuk kelas Tahun 1B & 1C
Guru Kelas : Cikgu Alwe Alvera
Pembantu Guru :Cikgu Weltiana
In Frame :
Kaunter 1 : Pemberian 'BAP' untuk kelas Tahun 1A & 1B
Guru Kelas : Cikgu Shafinaz
Pembantu Guru : Roziah (PPM)
In Frame :
Kaunter 2 : Pemberian 'BAP' untuk kelas Tahun 2A & 2B
Guru Kelas : Cikgu Tamadah & Cikgu Aidah
In Frame :
Kaunter 1 : Pemberian 'BAP' untuk kelas Tahun 1A & 1B
Guru Kelas : Cikgu Sapiah
Pembantu Guru : Ustazah Siti Hajar Norbayah
Kerjasama dan komitmen yang kuat diantara semua staf guru dan AKP membantu melancarkan program pemberian BAP.
Terdapat ibu bapa atau penjaga yang tidak datang pada masa yang ditetapkan.
Surat pemberitahuan tarikh pemberian BAP boleh diberikan dua hari sebelum masa kejadian (Masa program) dilaksanakan supaya ibu bapa atau penjaga boleh bersedia dan ambil maklum tentang tarikh yang diberikan supaya mereka dapat hadir tepat waktu dan masa yang ditetapkan.
Program pemberian BAP berjalan lancar walaupun keadaan cuaca yang kurang baik, kerana adanya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat sama ada pihak sekolah ataupun pihak ibu bapa atau penjaga.