PROGRAM SEMPENA LAWATAN TAHUNAN KLINIK PERGIGIAN
( SEKOLAH KEBANGSAAN KARAKIT BANGGI. KUDAT)
( SEKOLAH KEBANGSAAN KARAKIT BANGGI. KUDAT)
KKM (kementerian kesihatan malaysia) telah melaksanakan program lawatan pergigian ke semua sekolah-sekolah rendah di malaysia. Tujuan lawatan ini adalah untuk memeriksa tahap kesihatan gigi murid-murid sekolah, memberi rawatan kesihatan, memberi nasihat penjagaan dan membuat pameran berkaitan dengan pergigian.
Pada tanggal 8 Desember 2022, lawatan ini singgah di sekolah kami Sekolah Kebangsaan Karakit Banggi Kudat. Murid-murid di sekolah ini telah mendapat khidmat daripada pegawai dan staf KKM berkaitan dengan pergigian termasuk latihan memberus gigi dengan cara yang betul.
Sasaran program ini ialah : Semua murid tahun 1 hingga tahun 6.
Pada 8 Desember 2022 yang lepas, pasukan pergigian dari Klinik Pergigian Karakit yang terdiri daripada dua orang doktor dan tiga orang jururuwat pergigian telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Karakit.
Antara program yang diadakan ialah ceramah pergigian, memberi nasihat penjagaan dan membuat pameran berkaitan dengan pergigian dan cara memberus gigi yang betul. Semua murid telah hadir mendengar ceramah dan demo memberus gigi. setiap kelas diberikan giliran masing-masing untuk mempraktikkan cara memberus gigi dengan betul. Doktor dan jururawat juga telah memeriksa gigi dan menyapu florida pada gigi setiap murid.
In Frame : Murid Tahun 2 sedang membuat latihan memberus gigi bersama jururawat.
In Frame : Murid tahun 4 Arif sedang membuat latihan memberus gigi bersama jururawat.
In Frame :
Murid-murid tahun 5 dan tahun 6 sedang membuat latihan memberus gigi dan jururawat meyapu florida pada gigi murid-murid.
In Frame : Murid-murid tahun 2 Arif dan 2 Bestari sedang membuat latihan memberus gigi dibawa pengawasan jururawat dan Doktor.
In Frame : Murid-murid tahun 4 Bestari sedang membuat latihan memberus gigi.
In Frame : Doktor sedang memberikan ubat gigi kepada murid (Tahun 2)
In Frame : Doktor sedang menyapu ubat florida pada gigi murid.
In Frame : Doktor sedang menyapu ubat gigi (berflorida) pada gigi murid. (Tahun 2)
In Frame : Doktor sedang memberikan ubat gigi kepada murid (Tahun 2)
In Frame : Murid-murid tahun 1 bersedia membuat latihan cara memberus gigi yang diajarkan oleh Doktor.
In Frame : Doktor sedang memberikan ubat gigi kepada murid (Tahun 1)
In Frame : Doktor sedang menunjukkan cara memberus gigi yang betul kepada murid-murid (Tahun 3)
Secara Keseluruhannya, program lawatan pergigian ini telah berjaya dilaksanakan dengan adanya kerjasama yang erat antara sekolah dan pihak klinik kesihatan. Murid-murid dapat mempelajari cara menjaga dan memberus gigi dengan betul dengan bimbingan jururawat dan doktor. Semoga program seumpama ini akan dapat dilaksanakan lagi bagi memberikan pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan penjagaan gigi dengan betul.