Program fire drill atau latihan kebakaran merupakan salah satu aktiviti tahunan Sekolah Kebangsaan Karakit Banggi. Pada 20 September 2022 yang lalu, Sk. Karakit telah mengadakan latihan kebakaran. Latihan kebakaran ini telah diadakan kira-kira jam 2.00 petang bertempat di Dewan terbuka Sk.Karakit. Program ini telah dijalankan oleh unit keselamatan sekolah (Cikgu Zeel bin Boakan Chiew Soak) dan dibantu oleh guru-guru lain.
Latihan kebakaran ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Jesteru, semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak diduga.
Melalui program ini diharapkan dapat:
Memberi latihan kepada pelajar sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.
Menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang kaedah menyelamat diri ketika berlakunya kebakaran/kecemasan.
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya mengetahui laluan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.
Mengaplikasikan kemahiran Fire drill dalam kehidupan seharian.
Tarikh : 20 September 2022
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka Sk. Karakit
Murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.
Semua staf dan guru
Pegawai Bomba sedang memberikan taklimat tentang kebakaran
Latihan kebakaran ini telah dilaksanakan dengan bantuan daripada pegawai bomba yang diundang khas dari Kudat. Berikut merupakan perjalanan program yang dirancang;
Semua warga sekolah bergerak ke tempat berkumpul Dewan Terbuka Sk. Karakit.
Guru mengambil kehadiran murid sebelum sesi taklimat disampaikan oleh pegawai bomba yang dilantik.
Taklimat diberikan oleh pegawai bomba dengan begitu bersemangat.
Pegawai Bomba sedang memberikan taklimat cara-cara menggunakan alat pemadam api.
Pegawai Bomba sedang menunjukkan cara membuka dan menekan pemicu alat pemadam api.
Para Pegawai sedang menunjukkan cara memadam api menggunakan kain basah.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk memadam api;
Langkah 1:
Halahkan nozel pemadam api ke punca api dan pastikan kedudukan tidak melawan arah tiupan angin.
Langkah 2 :
Lepaskan pin keselamatan dan tekan pemicu alat pemadam api ke bawah untuk melepaskan serbuk semburan.
Langkah 3 :
Hayunkan semburan kekiri dan kekanan bagi memastikan api dapat dipadamkan dalam masa yang singkat.
Demonstrasi memadam api menggunakan pemadam api oleh Pegawai Bomba.
KEKUATAN
Secara keseluruhannya, latihan kebakaran yang pertama buat tahun ini berjalan dengan lancar kerana adanya kerjasama antara semua pihak. Berikut merupakan kekuatan yang boleh dilihat sepanjang program ini dilaksanakan iaitu ;
Memberikan input baharu kepada semua warga Sk. Karakit Banggi sekolah berkaitan bahaya kebakaran dan cara pencegahan kebakaran.
Penerangan yang diberikan oleh pegawai bomba mudah, menarik minat murid serta dapat membuka minda dan menambah pengetahuan baharu.
Semua pihak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.
KELEMAHAN
Antara kelemahan yang boleh diperhatikan semasa pelaksanaan latihan kebakaran ini ialah ;
Pergerakan murid agak perlahan
Loceng / Siren kecemasan dan alat pemadam api tidak berfungsi dengan baik.
Berikut merupakan cadangan penambahbaikan bagi program akan datang:
Memastikan semua warga sekolah mengambil bahagian dalam latihan yang dijalankan.
Pergerakan hendaklah lebih laju. Latihan bergerak laju hendaklah dibuat.
Pihak pentadbir hendaklah membaiki loceng kecemasan dan menyediakan laluan kecemasan yang jelas.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan adanya kerjasama yang baik daripada semua pihak. Latihan seperti ini sememangnya sesuai dilaksanakan bagi memastikan murid dan kakitangan Sekolah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kecemasan seperti kebakaran. Semoga program seumpama ini terus dilakukan pada masa akan datang.